SOFIA adalah nama ringkas bagi
Stratospheric Observatory for Infrared Astronomy yang bermaksud balai cerap
stratosfera bagi astronomi inframerah. Stratosfera adalah lapisan atmosfera
yang kedua daripada empat lapisan dan lapisan ini merupakan zon di mana
bahangan matahari diserap oleh ozon. Lapisan ini juga menjadi kawasan stabil
bagi laluan kapal terbang. SOFIA ini adalah sebuah pesawat yang telah
diubahsuai dan mempunyai teleskop terbesar di dalam dengan diameter cermin utamanya
berukuran 2.5 meter dan ketinggian teleskop 12 hingga 14 km. Pesawat SOFIA ini
boleh terbang diatas 99 peratus wap air atmosfera bumi, manakala pesawat
komersial terbang pada ketinggian 35000 kaki atau lebih kurang 11000 meter dari
permukaan laut. Keistimewaannya juga, ia dapat akses radiasi inframerah dari
ruang angkasa yang belum pernah dapat dilakukan sebelum ini menggunakan
teleskop didarat disebabkan oleh wap air mengaburi. Ketua pasukan bagi misi
SOFIA ini adalah Mattew Richter dan menurut beliau, SOFIA ini adalah projek
bersama antara NASA dan Pusat Aeroangkasa Jerman(DLR). Pusat operasi sains
SOFIA adalah di Pusat Penyelidikan Ames di utara California.
Rajah 1: Teleskop SOFIA
The Echelon-cross-Echelle
Spectrograph (EXES) adalah instrumen yang pertama yang digunakan untuk SOFIA. Alat
ini mampu memisahkan panjang gelombang kepada satu per 100,00 bahagian. Saiz
teras EXES adalah kira-kira 3 kaki atau 1 meter bar aluminium yang dipanggil
parutan eselon seperti di dalam rajah dibawah.
Rajah 2: EXES, the
Echeleon-Cross-Echelle Spectrograph. Instrumen ini adalah spektograf inframerah
pertengahan dan kerangka dipasang pada teleskop SOFIA.
Gabungan spektrum berevolusi
tinggi EXES dan SOFIA untuk radiasi inframerah dari ruang angkasa membolehkan
mereka untuk mengkaji objek-objek angkasa pada jarak gelombang yang tidak dapat
dilihat dengan menggunakan teleskop yang sedia ada di darat. SOFIA telah
melakukan dua penerbangan dan penerbangan pertamanya adalah pada 7 April 2014.
Dalam dua tempoh penerbangannya, EXES membuat pemerhatian untuk menyiasat dan
mencirikan prestasi instrument. Kedua-dua matlamat ini berjaya walaupun
bagaimanapun, penerbangan untuk menguji EXES dalam semua mod harus
dilakukan. Dalam penerbangan pertama,
EXES membuat pemerhatian keatas proses pelepasan daripada atmosfera Musytari
dalam garis hiidrogen molekul. Pemerhatian ini dibuat untuk memahami bagaimana
gas naik dari dalam Musytari dan bercampur dengan atmosfera atas planet.
Bagi penerbangan kedua, EXES
membuat pemerhatian keatas bintang muda dalam buruj Cygnus yang masih tertanam
dalam kepompong bersalin. Bintang yang dikenali AFGL 2591 menyebabkan panas
disekitar debu bintang dan menyebabkan
lapisan ais pada debu menguap. Debu panas ini memberi latar belakang
lampu inframerah yang sangat baik bagi menyiasat kimia gas berselang. Walaupun
terdapat gangguan daripada wap air pada astmosfera bumi, EXES masih boleh
mengesan penyerapan dari tahap tenaga molekul yang paling rendah. Dibawah
adalah antara senarai misi SOFIA,
Misi SOFIA
Para
astronomi menggunakan SOFIA untuk
mengkaji objek-objek yang berada di angkasa dengan lebih dekat dan antara yang bakal
dan sedang dikaji ialah:
· Kelahiran dan
kematian bintang
· Pembentukan
sistem solar baru
· Mengenal
pasti molekul kompleks dalam ruang
· Mengkaji
planet, komet dan asteroid dalam sistem solar
· Nebula dan
debu di dalam galaksi atau Ekosistem galaksi
· Lubang
hitam di pusat galaksi
Antara instrument lain yang telah berada di dalam
SOFIA ialah kamera, spectrometer dan fotometer. Ia beroperasi dalam pelbagai
spektrum electromagnet, dari optik hingga ke inframerah jauh. Sesetengah
instrumen adalah direka khas tujuan untuk
mengakji fenomena tertentu, manakala yang lain adalah untuk kegunaan am dan
berkeupayaan memperoleh data dari pelbagai objek astronomi. Balai cerap SOFIA
ini juga menyediakan demonstrasi tentang teknik pemerhatian dan instrumen baru
ini kepada saintis muda dan guru-guru daripada bidang astronomi inframerah.
Buat masa kini juga, NASA memberi peluang kepada
penyelidik-penyelidik atau generasi baru yang ingin menggunakan SOFIA atau bekerjasama
bersama mereka.
jika adik-adik masih tak paham mengenai SOFIA, boleh layari website di bawah atau join lah team SOFIA.
http://www.nasa.gov/mission_pages/SOFIA/#.VKUEXiuUeux
http://www.nasa.gov/mission_pages/SOFIA/#.VKUEXiuUeux
AZREEN FARHANA BINTI AHMAD
No comments:
Post a Comment