Thursday 1 January 2015

Phoenix - Pendarat Marikh (Mars Lander)

 Phoenix – Pendarat Marikh (Mars Lander)

 oleh Siti Aisyah Reduan 

“Awak perlu mengambil tahu tentang masa lepas untuk memahami masa hadapan”

Dr. Carl Sagan, American Astronomer, 1934-1996


  Astronomi adalah ilmu yang sudah dipelajari oleh masyarakat terdahulu lagi seperti masyarakat Arab dan masyarakat purba Greece. Malah, salah seorang tokoh astronomi adalah berasal daripada masyarakat Arab seperti Al-Khawarizmi.

       Kini, terdapat organisasi besar yang berlatarbelakangkan astronomi dan astrofizik iaitu NASA ( National Aeronautics and Space Administration). Organisasi ini telah membuka mata masyarakat dunia tentang ruang angkasa melalui penyelidikan mereka. Terdapat beribu penyelidikan dan misi yang telah mereka lakukan terutamanya dalam bidang penyelidikan angkasa, sains dan teknologi. 
Rajah 1 : Phoenix

   Antara misi yang dilakukan oleh NASA adalah Misi Marikh Phoenix. Pendarat Marikh Phoenix adalah misi pertama yang meneroka kawasan polar utara Marikh pada paras tanah serta misi pertama negara Canada mendaratkan misi di atas permukaan planet Marikh. Phoenix telah dilancarkan pada 4 Ogos 2007 dari Kennedy Space Centre dan telah berjaya melakukan pendaratan berhampiran kawasan polar utara pada 25 Mei 2008. Phoenix telah berjaya beroperasi selama lima bulan daripada jangkaan oleh penyelidikan dimana mereka menyangka Phoenix mampu bertahan selama 90 hari sahaja.


    Phoenix adalah kapal angkasa robot yang dihasilkan untuk mencari kawasan persekitaran yang sesuai untuk hidupan mikrob di Marikh dengan menggunakan instrumen-instrumen yang telah diimplan. Malah, misi Phoenix adalah untuk menyelidik sejarah air di kawasan polar utara Marikh. Rajah 1 menunjukkan kapal angkasa robot Phoenix disamping para saintis.


Terdapat beberapa penemuan tentang planet Marikh melalui misi ini. Antaranya :

Rajah 2 : Permukaan Planet Marikh

Planet Marikh masih mempunyai air dalam bentuk ais di bawah permukaan Planet Marikh yang berpadang pasir seperti rajah 2.

Penemuan Kalsium Karbonat di planet Marikh yang menjadi isu utama perbincangan para sainstis mengatakan bahawa persekitaran Phoenix mendarat boleh menjadi kawasan yang lembab atau basah. Dengan itu, penemuan ini adalah langkah pertama sama ada planet Marikh masih boleh dijadikan tempat untuk hidup.

Penemuan garam perchlorate pada tanah planet Marikh dimana pecholorate berkemampuan untuk menurukan titik beku air.

Pada hari ke-99 misi Phoenix, para saintis telah berjaya mengesan salji yang jatuh kira-kira 4 kilometer di atas tapak pendaratan Phoenix.

Rajah 3 : Phoenix sebelum (2008) dan selepas (2010)
Sepanjang misi ini, suhu dan tekanan barometer serta laporan cuaca planet Marikh telah dikumpulkan untuk membandingkan parameter-parameter ini dengan persekitaran bumi. Pada 25 Mei 2010, NASA secara rasminya menamatkan misi setelah Phoenix kelihatan tidak bertahan dalam cuaca musim sejuk Marikh. Rajah 3 menunjukkan keadaan sebelum (2008) dan selepas (2010) Phoenix.


Sumber :

http://www.nasa.gov/mission_pages/phoenix/main/index.html#.VHLpQSj-vww
http://history.nasa.gov/
http://en.wikipedia.org/wiki/Phoenix_(spacecraft)
http://news.nationalgeographic.com/news/2010/05/100525-science-space-mars-phoenix-lander-broken-dead/




No comments:

Post a Comment