Thursday, 1 January 2015

PESAWAT ULANG ALIK / KAPAL ANGKASA - SPACE SHUTTLE


MENUJU KE ANGKASA
“PESAWAT ULANG ALIK / KAPAL ANGKASA - SPACE SHUTTLE”

~NURUL NABILA BINTI YUNUS~





“The shuttle tomorrow is truly like laying the last spike on the transcontinental railroad, only much more so. And whether or not we’re going to see in the next 10 or 20 years, there are people alive today who will see manufacturing in space from moon materials or from asteroids.”
- Jerry Brown, Governor of California, 1997



APA ITU PESAWAT ULANG ALIK (SPACE SHUTTLE)??

Pesawat ulang alik ini atau nama lainnya kapal angkasa adalah sejenis kenderaan angkasa yang telah diperkenalkan oleh Amerika Syarikat bagi tujuan misi berkaitan penerbangan ulang alik ke angkasa. Kapal angkasa ini dimiliki oleh National Aeronautics and Space Administration (NASA) dan terdapat pelbagai misi yang telah dijalankan.
Kapal angkasa ini adalah untuk membawa pelbagai muatan antaranya seperti satelit, dan untuk misi penyelenggaraan pula ianya akan membawa anak kapal ke Stesen Angkasa Antarabangsa. 
Penerbangan pertama kapal angkasa berlaku 12 April, 1981. Pesawat ulang-alik ini membuat pendaratan akhir 21 Julai 2011. Pada yang berusia 30 tahun, kapal angkasa dilancarkan pada 135 misi.



BAHAGIAN-BAHAGIAN PESAWAT ULANG ALIK:




Komponen yang terdapat di pesawat ulang-alik
Pesawat ulang alik ini lebih kurang sama seperti kapal terbang yang mana ianya dilengkapi dengan sistem kemudi, sayap. sistem pendorong pada bahagian tempat angkasawan membuat pekerjaan semasa di dalam perjalanan.
Pesawat ini juga terdiri daripada beberapa sistem tertentu iaitu dua buah roket padat, tangki luar dan pengorbit yang ditempatkan di kawasan angkekerja.

Pesawat ulang alik ini dikendalikan daripada bahagian atas manakala di bahagian bawah pula merupakan kawasan tempat tinggal angkasawan yang terdiri daripada bilik tidur, dapur dan sebagainya.
Tangki luar yang berisi bahan bakar sebanyak 526,126 gelen berfungsi untuk membekalkan bahan bakar ke mesin utama. Apabila dua roket padat (Solid Rocket Boosters) dipisahkan dari pesawat ini, mesin utama akan dihidupkan dengan menggunakan bahan bakar dari tangki luar. Kemudian tangki luar ini dilepaskan daripada pesawat pada ketinggian 113 km jatuh ke lautan.
Roket padat seberat 1.300.000 paun ini boleh menghasilkan daya tolak sebesar 2.650.000 paun dan berfungsi sebagai pendorong kepada pesawat ini serta boleh diluncurkan dalam ketinggian 45 km daripada permukaan bumi.
Pengorbit (orbiter) adalah bahagian dalam pesawat ini yang serupa dengan kapal terbang yang lain. Mesin utama diletakkan dibelakang orbiter. Orbiter ini yang akan kembali ke bumi setelah selesai misi yang dijalankan.




Gambar kapal angkasa berlepas 



Gambar kapal angkasa mendarat


JENIS-JENIS MISI SAINS ANGKASA:


Ulysses

Dilancarkan pada tahun 1990. Ulysses merupakan misi kerjasama di antara ESA/NSA yang telah menghasilkan gambar bulan tiga dimensi (3-D) yang pertama. Ulysses melintasi paling hampir dengan Planet Jupiter buat kali kedua pada bulan Februari 2004, dalam perjalanan di atas dan di bawah lingkaran sistem solar.

Teleskop Angkasa Hubble

Dilancarkan pada tahun 1990 oleh kapal angkasa. Teleskop Angkasa Hubble hasil kerjasama di antara NASA/ESA terus melaksanakan kerja yang sangat baik menggunakan peralatan-peralatan baru dan yang telah diubahsuai. Pada tahun 2003, para astronomi Eropah menggunakan Hubble untuk memerhati penyejatan planet ekstra solar ke dalam angkasa di atmosfera buat pertama kali.

SOHO

Dilancarkan pada tahun 1995, hasil kerjasam ESA/NASA ini SOHO mengkaji keadaan dalaman Matahari, permukaan yang kelihatan pada mata kasar dan ribut atmosfera, dan di mana angin solar bertiup dalam jarak dekat dengan sistem solar. SOHO dihasilkan untuk beroperasi sehingga tahun 1998, tetapi ia begitu berjaya sehingga ESA dan NASA memutuskan untuk memanjangkan tempohnya umurnya sehingga 2007.

Huygens

Huygens akan menjadi kapal angkasa tanpa pemandu yang pertama mendarat di bumi di luar sistem solar - Titan, bulan terbesar Saturn. Data dari huygens menawarkan petunjuk bagaimana kehidupan di bumi bermula. Huygens kini berada di angkasa, menumpang pada kapal angkasa Cassini milik NASA, dan dijangkakan akan sampai di Titan pada tahun 2005.

XMM-Newton

Dilancarkan pada tahun 1999, XMM-Newton mengesan lebih punca sinar-X dari satelit sebelumnya dan setakat ini dapat menyelesaikan banyak misteri alam semesta, dari apa yang berlaku di sekitar lubang hitam sehingga kepada pembentukan galaksi di permukaan alam semesta. Ia direkabentuk dan dibina untuk memuat turunkan data dalam tempoh sekurang-kurangnya sedekad.

Cluster

Cluster adalah koleksi empat kapal angkasa terbang dalam formasi 5000km jaraknya antara satu sama lain mengelilingi bumi. Ia menghantar isyarat informasi yang terperinci tentang bagaimana angin solar memberi kesan kepada planet bumi dalam tiga dimensi. Dilancarkan pada tahun 2000, kapal angkasa ini dijangka tamat tempoh operasinya pada tahun 2005.

Integral

Dilancarkan pada tahun 2002, Integral adalah pemerhati angkasa yang pertama yang dapat memerhatikan objek dalam sinar-Gamma, sinar-X dan cahaya yang dapat dilihat. Ia mengkaji letupan yang dahsyat yang dikenali sebagai letupan sinar-Gamma, bintang bergemerlapan secara tiba-tiba dan lubang hitam. Ia telah berjaya mengesan lima letupan sinar-Gamma di dalam kawasan pandangannya sepanjang tempoh lima bulan.

Mars Express

Dilancarkan pada bulan Jun 2003. Mars Express adalah kapal angkasa Eropah meneroka planet Marikh, dan kini telah separuh perjalanan menuju ke destinasinya. Ia mengangkut tujuh alat dan pengangkut pendaratan. Pengkaji-pengkaji orbit mengkaji atmosfera, permukaan dan separa permukaan planet Marikh. Pengangkut pendaratan Beagle 2 akan mencari tanda-tanda kehidupan lampau.

SMART-1

Dilancarkan pada bulan September 2003, SMART-1 adalah "Misi Kecil bagi Kajian Lanjut dalam Teknologi" yang pertama milik ESA. Ia menuju ke bulan menggunakan revolusi ‘enjin ion' dan mengangkut alat-alat miniatur untuk tujuan kajian permukaan lunar. Perjalanannya dijangka berterusan untuk tempoh 16 bulan lagi.


Untuk penerangan lanjut berkaitan kapal angkasa, sila layari laman web dibawah.


SUMBER RUJUKAN:

http://www.nasa.gov/mission_pages/shuttle/main/index.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Space_Shuttle
http://ms.wikipedia.org/wiki/Bolak-balik_angkasa_lepas
http://id.wikipedia.org/wiki/Pesawat_ulang-alik

No comments:

Post a Comment