Friday 2 January 2015

WIDE-FIELD INFRARED SURVEY EXPLORER (WISE)



WISE adalah salah satu misi penjelajahan angkasa lepas yang telah dibiayai oleh National Aeronautics and Space Administration (NASA) sebanyak 300 juta dolar Amerika. Melalui misi ini, kita boleh mendapatkan maklumat dan informasi tentang sistem solar, bimasakti dan alam semesta. WISE diwujudkan untuk  mengkaji  asteroid, bintang paling malap dan paling sejuk, serta galaksi yang paling bercahaya. WISE berukuran 2.85 x 2.0 x 1.73 meter.

WISE dilancarkan pada Disember 2009 dengan roket Delta II. Tempat pelancaran di Pangkalan Tentera Udara Vanderberg, berdekatan dengan Utara Los Angeles di Lompoc, California. Tempat ini dipilih kerana mempunyai fasiliti pelancaran yang terbaik dan sesuai untuk menghantar satelit ke orbit kutub. Laluan pelancaran roket akan merentasi lautan luas,jauh daripada kawasan populasi.



 Imej Inframerah(kiri) dan
 imej pelancaran WISE
 di California(kanan)


Satelit WISE dibina tanpa pemandu dengan kapasiti teleskop yang sensitif terhadap inframerah dalam menghasilkan imej keseluruhan di langit.

Memandangkan objek-objek pada suhu bilik menghasilkan radiasi inframerah, teleskop dan alat pengesan WISE ini disimpan pada suhu yang sangat rendah oleh cryostat (seperti tempat simpanan ais tetapi dipenuhi dengan pepejal hydrogen). Ianya di bawah -430℉/15Kelvin, yang mana hanya 15° centigrade di atas paras kosong mutlak.


Panel solar akan menyalurkan bekalan kuasa elektrik kepada WISE dan ianya sentiasa menghadap Matahari. Dengan mengorbit beberapa ratus batu termasuk merentasi garisan antara siang dan malam di Bumi (dipanggil terminator), teleskop akan berfungsi dengan mencari sudut tepat terhadap Matahari dan menjauhi dari Bumi. Orbit membulat sepanjang 523km,condong pada 97.4 darjah bertukar apabila sahaja Bumi mengelilingi Matahari.Keadaan in membolehkan WISE berada di orbit dan mendapat cahaya Matahari berterusan.

WISE melihat cahaya inframerah, yang merupakan cahaya di luar bahagian merah pelangi dapat dilihat dengan mata kita. Asteroid biasanya mempunyai permukaan yang gelap dan tidak melambangkan kebanyakan cahaya matahari yang boleh dilihat. Asteroid menyerap cahaya matahari dan haba akan memanaskan seterusnya menyebabkan steroid bercahaya di dalam inframerah (haba). Disebabkan perkara ini, asteroid dapat dilihat dengan lebih baik di dalm keadaan inframerah.





Struktur Binaan WISE


WISE mengorbit dari Kutub Utara ke Khatulistiwa, seterusnya ke Kutub Selatan dan kembali ke Kutub Utara. Semasa proses ini, teleskop tersebut akan meliputi satu bulatan di langit. Semasa Bumi mengelilingi Matahari, bulatan tersebut bergerak di sekitaran langit, dan selepas enam bulan, WISE akan meliputi pemerhatian ke keseluruhan langit. Pergerakan WISE di sepanjang bulatan satu imbasan cermin kecil yang dalam arah bertentangan akan menangkap imej langit ke satu kamera digital yang bersifat sensitif terhadap inframerah. Setiap imej diambil selang 11 saat. Setiap gambar tersebut akan meliputi kawasan di langit seluas tiga kali ganda daripada Bulan penuh. Selepas 6 bulan WISE akan mengambil hampir 1,500,000 gambar yang meliputi keseluruhan langit. Setiap gambar akan mempunyai satu megapiksel di setiap empat panjang gelombang yang berbeza yang lingkungan dari 5 hingga 35 kali lebih lama daripada gelombang terpanjang di mata manusia boleh melihat. Data diambil oleh WISE akan dimuat turun oleh penghantaran radio 4 kali sehari untuk komputer di atas tanah yang akan menggabungkan imej yang banyak diambil oleh WISE ke dalam atlas meliputi sfera cakerawala keseluruhan dan senarai semua objek yang dikesan.


Secara ringkasnya;






Video tentang misi WISE :



ARTIKEL INI DITULIS OLEH NURSALWANIE BINTI MOHD SABRI
(ssalwanie89@gmail.com)

Sumber :





No comments:

Post a Comment