Thursday 1 January 2015




PROGRAM GEMINI

MUHAMAD AZHAR BIN NOR HASAN





Program ini merupakan program angkasa Amerika Syarikat kedua yang melibatkan angkasawan. Program ini pada mulanya dicadangkan pada 7 Disember 1961 oleh Pentadbiran Aeronotik dan Angkasa Negara (National Aeronautics and Space Administration) untuk membangunkan program penerbangan angkasa dipandu manusia yang sedia ada bagi membantu Program Apollo iaitu pendaratan di bulan. Program ini secara rasmi telah ditetapkan pada 3 Januari, 1962. Ia dinamakan selepas buruj ketiga zodiak iaitu Gemini yang menampilkan bintang kembar Castor dan Pollux. Gemini melibatkan 12 penerbangan, termasuk dua ujian penerbangan tanpa pemandu untuk menguji peralatan.


Program Gemini dilaksanakan sebagai perantaraan antara Projek Mercury dan Program Apollo. Objektif utama yang diberikan kepada Gemini ialah:
  1. Menghantar dua angkasawan dengan alat sokongan ke penerbangan jangka masa panjang sebagai persiapan untuk keperluan perjalanan ke bulan atau ruang angkyang lebih dalam.
  2. Untuk melaksanakan pertemuan dan berlabuh (docking) bersama dengan kenderaan lain yang mengorbit di ruang angkasa, dan menggerakkan kenderaan tersebut di angkasa dengan menggunakan sistem pendorongan kenderaan tersebut.
  3. Untuk menyempurnakan kaedah masuk semula dan pendaratan kapal angkasa di tempat – tempat pendaratan tanah yang terpilih.
  4. Untuk mendapatkan maklumat tambahan mengenai kesan ruang tanpa graviti pada anak kapal dan mencatatkan tindak balas fisiologi anak kapal semasa penerbangan tempoh panjang.

       Program Gemini telah diuruskan oleh Manned Spacecraft Center Houston, Texas, di bawah arahan Office of Manned Space Flight, Ibu Pejabat NASA, Washington, DC., iaitu Dr. George E. Mueller yang menyandang jawatan Associate Administrator of NASA for Manned Space Flight yang juga berkhidmat sebagai pemangku pengarah untuk program Gemini. Individu lain yang terlibat adalah William C. Schneider, Deputy Director of Manned Space Flight for Mission Operations yang juga berkhidmat sebagai Pengarah Misi pada semua penerbangan bagi program Gemini bermula dengan Gemini V.


         Kapal angkasa untuk program ini iaitu Titan II adalah lebih besar daripada kapsul Mercury biasa. Dimensinya adalah 5.8m (19 kaki) panjang, 3m (10 kaki) diameter, dan mempunyai berat kira-kira 3810 kilogram (8400 pound). Kapal angkasa tersebut juga dikenali sebagai Gemini – Titan. Pembangunan teknologi dan kejuruteraan pada masa itu telah memudahkan penyelenggaraan kapal tersebut dan membuat ia lebih mudah dikendalikan oleh juruterbang. Setiap penerbangan bagi program Gemini telah ditetapkan oleh angka Roman. Hanya kapsul pertama sahaja yang diberi nama gelaran iaitu Molly Brown oleh juruterbang Virgil Grissom yang menamainya sempena nama kapal angkasa Mercury beliau yang tenggelam.


Misi Penerbangan Gemini
Tanpa juruterbang/angkasawan
Dikendali juruterbang/angkasawan
Gemini I
Gemini II
Gemini III (Molly Brown)
Gemini IV
Gemini V
Gemini VI – A
Gemini VII
Gemini VIII
Gemini IX – A
Gemini X
Gemini XI
Gemini XII


         Hasil daripada 12 penerbangan Gemini menunjukkan bahawa Program Gemini adalah misi yang berjaya. Semua objektif utama telah dipenuhi serta objektif – objektif lain yang ditugaskan untuk setiap penerbangan, dengan pengecualian pendaratan tanah yang telah dibatalkan daripada Program Gemini pada tahun 1964. Walau bagaimanapun, kawalan ketepatan yang diperlukan untuk mencapai matlamat pendaratan tanah telah ditunjukkan.






No comments:

Post a Comment