NURULAIN BINTI ABDULLAH
Teleskop Spektroskopi
Nuklear Pelbagai atau lebih dikenali sebagai Nuclear Spectroscopy Telescope
Array (NuSTAR) ialah teleskop ruang angkasa yang berasaskan sinar X yang
pertama mengelilingi orbit Bumi. Teleskop ini menggunakan Teleskop Wolter untuk mengfokuskan tenaga sinar X yang tinggi
dari sumber astrofizik, terutamanya untuk spektroskopi nuklear. Ianya
beroperasi dalam julat tenaga dari 6 hingga 79 keV dalam spektrum elektromagnetik. NuSTAR adalah
merupakan misi ke-11 program satelit Penjelajah Kecil NASA (SMEX-11). Ianya
telah berjaya dilancarkan pada 13 Jun 2012 setelah ditunda dari tarikh awal 21
Mac 2012 ekoran masalah perisian kenderaan pelancaran (launch vehicle
software). Pada 22 Jun 2012, telah disahkan bahawa tiang kawalan dalam ukuran
10 m telah berjaya dilaksanakan sepenuhnya.
Oleh sebab NuSTAR
mengfokuskan tenaga sinar X yang tinggi berbanding teleskop sinar X yang lain
(Chandra dan XMM-Newton), beberapa persoalan asas berkaitan alam semesta
mungkin terjawab, antaranya:
·
Bagaimana peredaran lubang hitam (black
holes) di ruang kosmos?
·
Bagaimana unsur-unsur berat terlibat di
dalam letupan bintang besar-besaran (massive star)?
·
Apakah kuasa galaksi aktif yang paling
melampau?
Menurut NASA, NuSTAR
mengemukakan beberapa objektif sains utama,termasuklah:
· Memerhatikan jet kerelatifan yang
terdapat di dalam galaksi aktif yang paling melampau dan untuk memahami apakah
yang menguasai pemecut kosmik gergasi.
· Menjalankan bancian untuk lubang hitam pada semua
skala menggunakan kaji selidik bidang yang meluas (wide-field) dalam bidang
extragalaktik dan pusat galaksi ini .
Melakukan pemetaan bahan radioaktif di dalam
baki supernova muda; Dengan mempelajari kelahiran unsur-unsur dan memahami
bagaimana bintang meletup .
Selain daripada
itu,NuSTAR juga mengkaji asal-usul kejadian sinar kosmik dan fenomena fizik
yang berlaku di sekitar bintang yang runtuh (collapsed stars) sementara
bertindak balas terhadap peluang sasaran seperti supernovae dan letusan sinar
gamma.
Pada bulan Februari
2013, NASA telah menyingkap kisah kejayaan NuSTAR, selari dengan pemerhatian
ruang angkasa XMM-Newton, mengukur kadar putaran lubang hitam yang supermassive
di pusat galaksi NGC 1365. Bahagian sekeliling lubang hitam supermassive
menyinar dengan terang dalam sinar X seperti yang digambarkan dalam Rajah 1.
Sebahagian daripada radiasi datang dari sekitar cakera dan kebanyakannya datang
dari korona (digambarkan sebagai cahaya putih pada tapak jet seperti dalam
Rajah 1).
Rajah
1: Ihsan daripada NASA/JPL-Caltech
Rajah
2: NASA/JPL-Caltech/Institute for Astronomy,
Cambridge
Rajah 2
merupakan hasil taburan data yang dirakamkan oleh NuSTAR, menunjukkan bahawa
aliran cahaya sinar X dari bahagian yang berhampiran dengan lubang hitam
supermassive, dikenali sebagai Markarian
335. NuSTAR telah menyaksikan peristiwa yang pelik dan melampau terjadi dengan
serta merta di bahagian sekitar lubang hitam supermassive. Terdapat satu sumber
padat sinar X yang berdekatan dengan lubang hitam, iaitu dikenali sebagai
korona, bergerak lebih rapat lagi dengan lubang hitam hanya dalam tempoh
beberapa hari sahaja. Apabila korona bergerak semakin hampir dengan lubang
hitam tersebut, tarikan graviti lubang hitam dikenakan tunda yang lebih kuat
lagi pada sinar X yang dipancarkan olehnya. Kejadian tersebut menghasilkan
sinar X ringan yang terlalu kabur dan meregang. Peristiwa ini telah ditemui
sebelum ini tetapi tidak terlalu terperinci sebegini.
Lubang hitam supermassive dianggap berada di pusat-pusat semua galaksi. Sebahagiannya lebih besar dan berputar dengan lebih cepat daripada sebahagian yang lain. Kajian baru-baru ini mengatakan lubang hitam yang disebut sebagai Markarian 335 adalah kira-kira 324 juta tahun cahaya dari arah Bumi pada arah buruj Pegasus. Ianya merupakan salah satu daripada yang paling luar biasa dalam sesuatu sistem yang mana jisim dan kadar putarannya pernah diukur. Lubang hitam melalui kira-kira 10 juta kali jisim matahari ke kawasan yang hanya 30 kali diameter matahari , dan ia berputar dengan cepat sehingga ruang dan masa sekaligus dengannya.
Untuk mengetahui lebih
lanjut tentang NuSTAR, sila layari laman web berikut:
Rujukan:
No comments:
Post a Comment