Sunday 4 January 2015

New Horizons- Misi Menjejaki Pluto dan Gelang Kuiper


New Horizons
Misi Menjejaki Pluto dan Gelang Kuiper
oleh Nur Hidayah Safaruddin


Angkat tangan.. Siapa rindukan Pluto?

Saya!!!!



Sejak Pluto ‘digugurkan’ gelaran nya oleh Kesatuan Astronomi Antarabangsa daripada menjadi salah sebuah planet daripada 9 buah planet di dalam Sistem Solar, kita jarang mendengar khabar berita terbaharu mengenai Pluto, betul?






Sungguh pun begitu, anda boleh ketepikan rasa gelisah anda kerana New Horizons telah, sedang dan akan membawa perutusan rahsia mengenai Pluto kerana New Horizons adalah misi yang telah dilancarkan oleh NASA ketika Pluto masih bergelar planet sembilan tahun yang lalu! Ya, anda membaca dengan tepat sekali. Sembilan tahun adalah tempoh waktu yang telah New Horizons lalui sebelum kita dapat menjejak kasih dengan Pluto serta satelit-satelit semulajadi nya yang mengorbit Pluto.




Tanda nama N dan H diambil daripada nama Nix dan Hydra, antara dua bulan yang mengelilingi Pluto. Maka lahirlah New Horizons, selepas melalui persaingan sengit antara cadangan reka bentuk POSSE (Pluto and Outer Solar System Explorer) untuk mendapat tempat dalam menjadikan misi ini suatu kenyataan. Setelah dipilih oleh NASA, maka projek New Horizons telah bermula pada tahun 2001 dan telah selamat dilancarkan pada 19 Januari 2006. 

  
Saksi kan pelancaran misi ini dari Stesen Udara Cape Canaveral, Florida ke angkasa: 




Menaiki roket Atlas V ketika pelancaran, New Horizons membawa misi penjelajahan ke Pluto bagi mencapai objektif mendapatkan gambaran Pluto yang lebih jelas berbanding Teleskop Hubble menggunakan 'Long-Range reconnaissance Imager (LORRI)', sebuah alat yang mampu mangambil gambar dalam jarak yang jauh serta mengkaji Pluto itu sendiri. New Horizons juga ditugaskan untuk mengkaji Gelang Kuiper yang bermula melepasi orbit Neptune.

Setelah bangun daripada lena yang panjang, New Horizons telah disambut dengan ucapan dan lagu yang dipasang oleh ahli pasukan New Horizons.

Bergerak dengan kelajuan sebanyak 14.62 km per saat sekarang, berkadaran dengan Matahari, New Horizons sedang menghampiri Pluto dan dijangka akan sampai kepada titik paling hampir dengan Pluto pada 14 Julai 2015. Ini dikatakan oleh seorang saintis senior, juga merupakan salah seorang ahli pasukan New Horizons seperti "Ini adalah malam ambang Pluto!"


“It’s Pluto’s Eve!”




Anda boleh mengetahui kedudukan terkini New Horizons yang akan dikemas kini setiap jam oleh pihak NASA dan mengikuti perkembangan yang mengujakan ini dengan melawat laman rasmi NASA dalam misi New Horizons sebagai passport ke Pluto. 



Sekarang, berbaki hanya 190 hari dan 162 juta km daripada pertemuan dengan planet kerdil ini, siapa yang teruja??



Saya!!! :D


Bahan rujukan yang digunakan serta bahan bacaan lanjut berkaitan misi yang super osem ini :D
1) http://falakonline.net/semesta/2014/12/giliran-new-horizon-pula-bangun-dari-tidur-destinasi-pluto/
2) http://pluto.jhuapl.edu/index.php
3) http://io9.com/nasas-new-horizons-spacecraft-awakes-to-begin-pluto-mis-1667729735

No comments:

Post a Comment