ISS-RapidScat
International Space Station Rapid
Scatterometer atau nama singkatannya, ISS-RapidScat merupakan sebuah
instrumen santifik atau alat untuk mencerap iklim Bumi. ISS-RapidScat
ini dibina khas untuk beroperasi luar daripada stesen angkasa. Misi ini bertujuan untuk mengukur kelajuan dan arah angin pada permukaan
laut dan latitud rendah serta pertengahan Bumi dalam apa jua cuaca
kecuali hujan lebat. Data yang diperoleh dapat digunakan untuk
mengesan ribut dan taufan serta mengkaji iklim Bumi.
Gambar Stesen Angkasa Antarabangsa(ISS) dan
RapidScat(gambar yang difokus)
ISS-RapidScat ini diletakkan ke
dalam orbit yang unik dan berbeza daripada mana-mana alat pengukur angin lain
yang sedia ada. Dengan ini, saintis mendapat suatu sudut pandangan
baru seraca langsung tentang bagaimana angin laut berubah setiap hari
disamping dapat mengesan pembentukan dan pergerakan siklon tropika.
Contoh pemetaan kelajuan angin berdasarkan data RapidScat
Scatterometer merupakan sebuah
radar-instrumen yang menyediakan ukuran kelajuan dan arah angin
berhampiran permukaan laut. Alat ini merupakan sistem kawalan jauh pertama yang terbaik untuk mendapatkan arah dan kelajuan angin pada permukaan
laut dengan lebh kerap, tepat dan beresolusi tinggi dalam kebanyakan
cuaca dan keadaan awan.
-penulis-
Muhamad Hafiz bin Ja'afar
No comments:
Post a Comment