UARS NASA MEMASUKI ATMOSFERA BUMI
Daripada : AHMAD UMARAA BIN AHMAD KAMARUDIN
Lembaga pemerintah
Aeronotik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA) melaporkan bahawa Satelit
kajian di atmosfera atas (UARS) telah kembali ke bumi pada pukul 12 tengah
malam (0400 GMT), 23 September bersamaan hari Jumaat dan mendarat di timur
pantai Amerika Syarikat keesokan harinya, 24 September, Sabtu. Kawasan
pendaratan tersebut adalah selamat dari segi kawasan Geografi kerana permukaan
tanahnya yang luas, jauh dari kawasan penempatan manusia.
Peta
ini menunjukkan kawasan perjalanan yang dilalui oleh UARS, bermula di pantai
timur lautan Hindi pada 0330 GMT dan berakhir di lautan Pasifik pada 0400 GMT.
UARS telah beroperasi secara produktif selama 6
tahun, dan semasa kembalinya UARS ke ruang angkasa Bumi, komponen UARS telah
bercerai dalam bentuk kepingan kecil, dan kebanyakannya telah terbakar di ruang
atmosfera. Baki dua puluh enam komponen yang tidak terbakar semasa memasuki
ruang atmosfera, seberat 1200 pound atau 544.311 kilogram telah Berjaya
memasuki dan sampai ke permukaan bumi.
UARS telah dilancarkan pada 12 September 1991,
seiring dengan kapal angkasa misi STS48 dan berlepas pada 15 September 1991.
UARS merupakan satelit berteknologi tinggi perlbagai guna yang pertama
dilancarkan. Tujuannya adalah untuk mengkaji pelbagai jenis komposisi kimia
yang berada di atmosfera sebagai kefahaman secara mendalam bagi photokimia.
Data yang direkodkan dari UARS adalah untuk jangka masa panjang bagi komposisi
kimia yang berada di atmosfera.
Gambar
di atas menunjukkan lakaran satelit UARS yang dilancarkan bagi proses
pengumpulan data.
Selain daripada itu,
satelit tersebut juga menghasilkan data bagi jumlah cahaya yang dipancarkan
oleh matahari dari sudut panjang gelombang ultraviolet (UV) dan juga cahaya
yang mampu dilihat (visible). UARS telah mengakhiri jangka hayatnya pada tahun
2005.
Sumber rujukan :
- http://www.nasa.gov/mission_pages/uars/index.html
No comments:
Post a Comment