Friday 2 January 2015

HUBBLE MISSION (Author:Muhammad Izuan Bin Miskon)

Misi Hubble adalah antara misi yang telah memberi impak yang besar dalam bidang pengajian angkasa dan juga pembangunan teknologi yang pesat ketika ini. Pembinaan telekop angkasa Hubble diaspirasikan oleh idea pengembangan alam semesta dalam tahun 1920-an. Idea ini dikemukakan oleh Edwin Hubble. Pembinaan teleskop Hubble bermula pada tahun 1977 dan cermin utama berdiameter 2.4m siap pada tahun 1981. Proses persiapan dan pemasangan teleskop Hubble diteruskan pada tahun berikutnya dan keseluruhan kapal angkasa siap pada tahun 1985. Berikut merupakan sttuktur teleskop angkasa Hubble.


       Objektif utama misi Hubble adalah untuk meluaskan pemandangan dan mengkaji alam semesta. Teleskop Hubble melihat jauh ke dalam ruang angkasa dengan menggunakan kamera yang mampu melihat selutuh spectrum cahaya. Misi ini juga bertujuan untuk membantu pengembangan dan pembaikkan bidang angkasawan dan penyelidikan ruang angkasa.Imej yang dihasilkan oleh Hubble malah telah membuka mata tentang keajaiban dan keluasan galaksi dan bintang-bintang yang wujud di sebalik atmosfera bumi yang tidak terjangkau oleh mata penglihatan manusia.

        Hubble mengorbit dengan kelajuan 8 kilometer per saat dan melengkapkan satu pusingan mengelilingi bumi setiap 97 minit dengan ketinggian 575 kilometer dari permukaan. Pencerapan Hubble meliputi mod cerapan dari sinar ultra ungu ke sinar cahaya nampak ke hampir inframerah. Walaupun cermin utama Hubble hanya berdiameter 2.4 meter (94.5 inci), iaitu lebih kecil dari diameter kebanyakan teleskop di balai cerap utama di permukaan bumi, namun ianya menghasilkan imej yang jauh lebih baik dan jelas. Kedudukan Hubble di luar atmosfera bumi membolehkan pencerapan dilakukan dengan lebih baik dari teleskop di permukaan bumi yang terpaksa berdepan masalah kekaburan disebabkan oleh atmosfera bumi. 

        Walaupon pembinaan teleskop Hubble memakan masa yang panjang dan penyelidikan yang telus, ianya masih menghadapi kecacatan pada awal pelancarannya. cermin utama Hubble mempunyai masalah aberasi disebabkan oleh kesilapan kawalan kualiti semasa pembinaanya. Ini telah membawa kepada imej yang dihasilkan tidak berjaya difokus dengan sebaiknya. Oleh itu, satu lagi misi yang dinamakan, Hubble Servicing Misson telah dilancarkan oleh NASA untuk kerja membaik pulih Hubble. Misi membaik pulih Hubble pertama pada tahun 1993, Hubble telah berjaya untuk beroperasi dengan sebaiknya dan terus menerus menghasilkan imej yang sentiasa memukau pandangan orang awam dan semestinya ahli astronomi di seluruh dunia. 




 Operasi membaik pulih Hubble.

         Hubble merupakan rangkaian dari siri balai cerap terhebat oleh pihak Pentadbiran Angkasa dan Aeuronatik Kebangsaan (NASA) U.S.A yang turut meliputi Balai Cerap Sinar Gamma Compton, Balai Cerap Sinar-X Chandra, dan Teleskope Angkasa Spitzer. Teleskop Angkasa Hubble melibatkan kerjasama antara pihak NASA dan Agensi Angkasa Lepas Eropah(ESA).

         Sehingga kini misi membaik pulih Hubble masih berterusan sebagai persediaan sekiranya kerosakkan yang tidak terjangka pada Hubble teleskop. Selain membaiki kerosakkan, misi ini juga bertujuan untuk setiasa memastikan Hubble sentiasa dikemaskini dengan teknologi terkini bagi memudahkan proses pemindahan data dan juga dari segi kualiti imej yang bakal dihasilkan. Sehingga kini, sebanyak empat proses pembaikkan telah dijalankan semenjak teleskop Hubble dilancarkan di angkasa.

          Teleskop angkasa Hubble sejak pelancarannya telah banyak mendatangkan impak yang besar terhadap kefahaman ahli astronomi akan alam semesta ini. Pelbagai misteri angkasa lepas yang telah lama menghantui ahli astronomi telah berjaya dirungkaikan disamping pertambahan misteri baru yang memerlukan teori baru untuk menerangkannya. Antara misi utama teleskop Hubble ialah mengukur dengan  lebih tepat jarak bintang yang berubah-ubah. Pengiraan jarak ini adalah penting dalam pengubahsuaian nilai konstant Hubble yang digunakan untuk mengukur kadar perkembangan alam semesta. 

        Hasil dari keupayaan Hubble telah menghasilkan nilai baru yang berketepatan hampir 10% berbanding 50% sebelumnya terhadap jarak bintang Cepheid di kluster Virgo dan juga galaksi-galaksi lain. image Nilai konstant Hubble turut digunakan untuk menentukan umur alam semesta. Hasil dari nilai baru konstant Hubble telah mendorong sekumpulan ahli astronomi dari High-Z Supernova Team dan Supernova Cosmology Projectuntuk menggunakan teleskop Hubble untuk menjalankan satu kajian melibatkan pencerapan letupan supernova yang jauh. Hasil dari kajian ini membuktikan bahawa alam semesta sedang berkembang dengan kelajuan memecut. Penemuan ini telah memberikan kesan besar kepada bidang angkasa dan mendorong penyelidikan lebih mendalam.

Berikut merupakan antara imej yang dapat dicerap oleh Hubble.

 Gambar 1 : Carina Nebula


Gambar 2 : Cone Nebula 


 Gambar 3: Hourglass Nebula


Gambar 4: Galactic Rose 


 Gambar 5 : Spiral Galaxies




Authors : Muhammad Izuan Bin Miskon, 4SSCZ, Januari 2015


No comments:

Post a Comment