Thursday 1 January 2015

Misi Angkasa: Kapal Angkasa Genesis

 


















Ditulis Oleh: Abu Qassim Bin Ishak
 
Secara ringkasnya, kapal angkasa Genesis merupakan alat pengumpulan sampel yang ditugaskan untuk mengumpul sampel “angin solar” iaitu aliran plasma yang terbebas di lapisan atas atmosfera matahari. Untuk keterangan lebih lanjut mengenai kapal angkasa Genesis, kata-kata kunci di bawah akan digunakan:
  • Apa
  • Siapa
  • Di mana
  • Bagaimana
  • Kenapa
  • Bila
1) Apa itu kapal angkasa Genesis

Seperti diterangkan secara ringkas di bahagian atas, kapal angkasa Genesis dicipta bagi tujuan penyelidikan mengenai “angin solar” yg terdapat di atmosfera matahari oleh pihak saintis. Genesis merupakan alat pengumpulan sampel yang pertama dilancarkan selepas pelancaran misi angkasa Appolo dan merupakan alat pertama yang berjaya mengumpul sampel menjangkaui orbit bulan.

2) Kenapa Genisis dicipta

Terdapat tiga objektif utama yang penciptaan kapal Genesis iaitu:
(a)untuk mendapatkan jumlah ion isotop solar di dalam “angin solar” secara tepat,memandangkan masih tiada data yang tepat untuk penyelesaiaan masalah sains melibatkan planet pada masa itu
(b)untuk menambahbaik faktor kewujudan unsur solar di dalam julat 3-10 berbanding yang terdapat di dalam julat yang sedia ada
(c) untuk menyediakan himpunan data mengenai solar bagi kegunaan sains abad ke 21. Data-data yang diperolehi akan diarkibkan sebagai sampel lunar

Tiga objektif di atas merupakan akar umbi kepada penciptaan Genesis. Pihak saintis ingin mengkaji sampel yang terdapat pada sistem matahari kerana dengan mengetahui unsur komposisi dan unsur isotop lapisan luar matahari, saintis akan dapat membuat kesimpulan tentang pembentukan dan formasi planet-planet. Ini adalah kerana terdapat bukti bahawa lapisan luar matahari mengekalkan komposisi nebula suria.

3) Siapa yang terlibat dalam penciptaan Genesis dan pelancarannya
 
Genesis telah direka dan dicipta oleh Lockheed Martin Space System dengan kos penciptaan sebanyak US$264,000,000. Projek Genesis ini disertai oleh Dr. Donald Burnett yang berkhidmat di California Institute of Technology, Pasadena sebagai penyelia utama. Projek pembinaan Genesis yang bernaung di bawah National Aeronautics and Space Administration(NASA) merupakan sebuah organisasi dimiliki Amerika yang memainkan peranan penting dalam kajian mengenai angkasa.
 
 
4) Di mana dan bila Genesis mula dilancarkan serta kembali ke bumi

Genesis telah dilancarkan oleh NASA pada 8 Ogos 2001 di Cape Canaveral, Florida. Genesis telah dilancarkan di atas roket Delta II 7326. Genesis kemudiannya memasuki orbit L1 pada 16 November 2001 melalui gerakan sisipan orbit Lissajous. Genesis mula mengumpul sampel “angin solar” pada 3 December 2001. Proses pengumpulan berakhir pada 1 April 2004, setelah beroperasi selama 850 hari. Genesis kemudiaannya mula kembali ke bumi pada 22 April 2004 dan tiba pada 8 September 2004. Keseluruhan proses pergerakan Genesis dalam mengumpul sampel “angin solar” digambarkan seperti rajah di bawah:


 
 



























5) Bagaimana sampel “angin solar” diterima oleh saintis

Setelah proses pengumpulan “angin solar” berakhir, sampel-sampel tersebut telah disimpan di dalam kapsul sampel. Apabila Genesis memasuki ruangan bumi, kapsul sampel telah dilepaskan ke arah bumi. Pada jangka masa ini, perancangan yang telah dilakukan oleh pihak NASA menjangkakkan kapsul sampel ini akan berjaya diambil oleh helikoptor bagi mengelakkan kapsul tersebut daripada terhempas ke tanah. Proses ini amat penting bagi saintis bagi memperolehi sampel yang asli tanpa sebarang pencemaran, untuk mendapatkan hasil kajian yang tepat. Kapsul sampel juga dilengkapi sistem payung terjun bagi membantu mengurangkan kelajuan kapsul sekiranya berlaku sesuatu di luar jangkaan dan pengiraan para saintis. Perancangan ini pada mulanya menjanjikan keberkesanan dalam mendapatkan kapsul sampel tanpa masalah, tapi malangnya kapsul tersebut terhempas tanpa sempat diambil oleh helikopter oleh kerana masalah teknikal kecacatan reka bentuk pada sensor nyahpecutan. Ini menyebabkan payung terjun tidak berfungsi dan pendaratan kapsul sampel menjadi perlahan disebabkan rintangan udara. Kapsul sampel telah pecah tetapi saintis mencapai kata sepakat bahawa sampel yang diperolehi dapat dibersihkan.

Kesimpulan:
 
Misi kapal angkasa Genesis telah menjaya mengumpul sampel “angin solar” yang membuka kajian baru terhadap ciri-ciri kriteria ruang angkasa, planet dan lain-lain yang sebelum ini hanyalah bersandarkan pada teori semata-mata. Walaupun proses pengambilan kapsul sampel menghadapi masalah, sampel “angin solar” tetap diperolehi. Akhir kata, kapal angkasa Genesis memulakan langkah penerokaan manusia di luar angkasa yang melangkaui orbit bulan mampu membawa manusia kearah penemuan yang lebih tepat,padat dan muktakhir.


 
Rujukan:
 
 
 

No comments:

Post a Comment