MISI ANGKASA LEPAS : NEEMO 1
International Space Station (ISS) boleh
di lihat dari Kanada. Oleh itu, ISS member peluang kepada rakyat Kanada untuk
turut terlibat dalam kajian angkasa lepas. Kajian ini sangat istimewa kerana
kajian ini dilakukan di dasar laut dikenali sebagai Aquarius. Aquarius merupakan
satu-satunya makmal kajian di dunia yang berada di dasar laut.
Aquarius
menyediakan suasana yang sama dengan
makmal di angkasa lepas dengan saiz stesen modules yang sama. Operasi Aquanauts
dikawal oleh pusat kawalan kajian yang terletak sejauh 4.5 km di Key Largo. Kajian
ini di jalankan di dasar laut dengan menggunakan teknik “spacewalk”.
Gambar
sekitar makmal Aquarius.
Pada bulan Oktober tahun 2001, satu
kajian telah dijalankan melibatkan tiga orang angkasawan dari National
Aeronautics and Space Administration (NASA) dan seorang angkasawan dari pusat
latihan angkasawan ( astronaut training specialist). Angkasawan yang terlibat
dalam misi ini di panggil Aquanauts.
Misi ini telah dijalankan selama tujuh
hari. Kesemua angkasawan tinggal di dasar laut dengan menggunakan Aquarius
sebagai analog kepada ruang angkasa lepas. Misi ini bertujuan melatih
angkasawan berkerja dengan suasana seperti di angkasa lepas yang mempunyai cabaran
yang sama ketika di angakasa lepas.
Ketika misi ini dijalankan, kesemua Aquanauts diasingkan dari persekitaran luar kerana kepakaran dalam teknik menyelam memerlukan Aquanauts untuk bersedia dari segi mental, fizikal dan emosi. Kaedah asingan ini sangat penting dalam latihan bertujuan mengkaji tingkahlaku dan physiology sesorang itu. Seain itu, misi ini juga bertujuan menigkatkan kawalan komunikasi, kepimpinan dan kemahiran interpersonal (sasiah diri).
PESERTA
BELAKANG, kiri ke kanan: Bill Todd, Monica Schultz,
Mike Gernhardt (Mike G), Dave Williams, Mike Lopez-Alegria (LA), Mark
Reagan - Front, left to right: Jean-Marc Comtois, Karl Shreeves (PADI Instructor)
(Credit: National Oceanic and Atmospheric Administration's Undersea Research
Center at the University of North Carolina Wilmington)
VIDEO
PENULIS; NOOR FATIN SHUHADA BT AB HAMID (UTM)
SUMBER : http://www.asc-csa.gc.ca/eng/missions/neemo/default.asp
No comments:
Post a Comment