MISI KAPAL ANGKASA GALILEO
Azimah Binti Abu Hanifah Nok Man
" All truths are easy to understand once they are discovered; the point is to discover them."
" All truths are easy to understand once they are discovered; the point is to discover them."
Galileo Galilei (1564-1642)
Bermula dengan penemuan
Galileo terhadap satelit Musytari (Jupiter) pada 1601, telah membangkitkan
keinginan mereka (ahli-ahli astronomi) untuk mengetahui dengan lebih lanjut
tentang planet Musytari. Oleh kerana yang demikian, kapal angkasa telah dicipta
untuk mengkaji dengan lebih terperinci tentang planet Musytari dan
bulan-bulannya (misi utama).
Kapal angkasa ini telah dinamakan dengan nama ahli astronomi
terdahulu, Galileo Galilei, dan dikenali sebagai kapal angkasa Galileo. Kapal angkasa ini merupakan
kapal angkasa yang tidak dipandu oleh manusia seperti mana kapal-kapal angkasa
yang lain. Contohnya, space shuttle.
Struktur kapal angkasa Galileo |
Galileo mengelilingi Musytari
Pada Oktober 18, 1989, kapal angkasa
Galileo telah dilancarkan dengan dibawa oleh kapal angkasa ulang-alik Atlantis (Space shuttle Atlantis) pada misi STS-34. Pada
mulanya Galileo sepatutnya dibawa
oleh kapal angkasa ulang-alik Atlantis
(Space shuttle Atlantis) menuju terus
ke Musytari dengan bantuan Centeur-G, Liquid
hydrogen-fueled booster stage. Walau bagaimanapun, penggunaan Centeur-G pada
kapal angkasa ulang-alik (Space shuttle) telah dihalang oleh NASA sebagai
langkah keselamatan disebabkan oleh kemalangan yang menimpa kapal angkasa
ulang-alik, Space Shuttle Challenger
disaster. Hal yang demikian telah memaksa Galileo dilancarkan menggunakan lower-powered
Inertial Upper Stage solid-fuel booster. Jadi, perjalanan Galileo ke
Musytari adalah dengan bantuan graviti Zuhrah-Bumi-Bumi (Venus-Earth-Earth
Gravity Assist (VEEGA) ).
Pelancaran misi Galileo
Galileo terbang melintasi planet Zuhrah pada 10 Februari 1990 dan bumi sebanyak
dua kali, 8 Disember 1990 dan 8 Disember 1992. Galileo telah melintasi asteroid
(Gaspra) pada 29 Oktober 1991 setelah penerbangan pertamanya melintasi bumi.
Kemudian, setelah penerbangan kedua melintasi bumi, Galileo telah menemui Dactyl yang mengelilingi asteroid (Ida) pada
28 Ogos 1993.
Dacty(titk kecil pada gambar)
mengelilingi astroid (Ida)
Pada 1994, Galileo dengan
jayanya telah melihat perlanggaran antara komet Shoemaker-Levy 9 dengan Musytari, dan merupakan kapal angkasa
pertama melihat impak terhadap planet hasil daripada perlanggaran tersebut.
Perlanggaran antara komet dan Musytari
Akhirnya, pada 7 Disember 1995, Galileo tiba di Musytari setelah ia melepaskan
kuarnya (probe) pada 15 Julai 1995. Galileo
merupakan satelit buatan manusia pertama yang mengelilingi Musytari.
Sepanjang Galileo mengelilingi
Musytari, pelbagai penemuan telah dijumpai. Antaranya;
1. Penemuan ribut petir (thunderstorm) Musytari yang 1,000 kali lebih kuat
berbanding dengan ribut petir di bumi (cuba bayangkan...).
Ribut petir seperti kepulan air pada
titik merah
2. Pada 1996, penemuan yang berkemungkinan laut pada sub-permukaan Europa,
bulan Musytari. Manakala, permukaannya adalah seperti retakan pada permukaan
ais.
Permukaan Europa dari jarak dekat (kiri) dan jauh (kanan)
3. Galileo menemui kilat pada permukaan atmosfera Musytari.
Kilat Musytari
4. Near-Infrared Mapping Spectrometer (NIMS) yang dipasang pada Galileo menemui kepulan-kepulan ammonia
tulen (fresh ammonia clouds) pada Musytari.
Kepulan awan Musytari pelbagai
peringkat
5. Pada 1997, Galileo terbang
melintasi IO dan mendapati bahawa IO mempunyai gunung berapi yang sangat panas
dan aktif dalam sistem solar dan suhu kepanasannya adalah lebih panas daripada
gunung berapi di bumi.
Kepulan asap daripada gunung berapi
pada IO
6. Penemuan laut pada sub-permukaan Callisto. Laut ini mempunyai kedudukan
yang cukup dalam dan ianya tidak mempengaruhi kawah di permukaan Callisto,
bulan Musytari
Callisto dan permukaannya dari jarak
dekat
7. Galileo mendapati Ganymede mempunyai medan magnetnya sendiri. Geseran
daripada pasang surut di bahagian dalam menjadikan Ganymede sebagai bulan
terbesar dalam sistem solar.
Ganymede dan permukaannya
Rumusan;
Bulan-bulan Musytari yang berjaya
diambil Galileo
Setelah
14 tahun berada di angkasa, keadaan Galileo
semakin teruk di mana kameranya tidak dapat berfungsi dan dicemari oleh
bakteria selain hampir kehabisan bahan bakar. Jadi, Galileo telah dipaksa untuk merempuh Musytari pada kelajuan 173,736
km/j untuk menamatkan riwayatnya.
sumber:
http://en.wikipedia.org/wiki/Galileo_(spacecraft)http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=probe
http://en.wikipedia.org/wiki/Space_Shuttle_Challenger_disaster
http://solarsystem.nasa.gov/galileo/
No comments:
Post a Comment