Saturday 3 January 2015

Saturn V; Tulang Belakang Misi Angkasa.

-Ditulis oleh Norsyazriza Binti Jamaludin-


Saturn V (disebut sebagai "Saturn Five") merupakan roket manusia yang digunakan oleh NASA di antara 1966 hingga 1973. Roket ini dicipta oleh bangsa Amerika dan mempunyai  tiga tahap cecair pembakar yang dibangunkan bagi menyokong program Apollo untuk tujuan penjelajahan manusia di Bulan. Tahukah anda, Saturn V juga terlibat dalam pelancaran Skylab yang merupakan stesen angkasa pertama Amerika?

Saturn V telah dilancarkan sebanyak 13 kali di Kennedy Space Center yang terletak di Florida tanpa sebarang rekod kehilangan nyawa atau muatan! Sehingga hari ini, Saturn V kekal sebagai roket yang paling tinggi, paling berat dan paling berkuasa dari segi status operasinya. Saturn V juga kekal sebagai pemegang rekod untuk muatan terberat yang pernah dilancarkan dengan kapasiti muatan terbesar bagi orbit rendah bumi (LEO) sebanyak 118,000 kilogram.

sila klik untuk tumbesaran maksima

Untuk pengetahuan semua, Saturn V merupakan model pembuatan terbesar dalam keluarga roket Saturn. Saturn V telah direka bentuk di bawah arahan Wernher von Braun dan Arthur Rudolph di Marshall Space Flight Center di Huntsville, Alabama dengan kerjasama Boeing, Syarikat Penerbangan Amerika Utara, Syarikat Penerbangan Douglas, dan IBM sebagai ketua kontraktor. Reka bentuk Von Braun adalah berdasarkan pengalaman bekerja beliau terhadap siri roket Jupiter, terutamanya A-10, A-11, dan A-12 di Jerman ketika zaman Perang Dunia Kedua.

 Misi Pendaratan Apollo




Ini merupakan salah satu misi menjelajah Bulan yang dianjurkan oleh NASA. Di awal perancangan, NASA telah mengemukakan tiga cadangan misi Bulan: Penemuan Orbit Bumi, Perlepasan Langsung, dan Penemuan Orbit Bulan (LOR). Satu konfigurasi perlepasan secara langsung akan dilaksanakan dengan melancarkan roket yang besar untuk mendarat secara terus di permukaan bulan. Manakala bagi misi orbit Bumi, dua kapal angkasa yang lebih kecil saiznya akan dilancarkan dengan cara menggabungkan kedua-dua kapal tersebut selepas mengelilingi satu orbit Bumi. Misi LOR pula akan membabitkan penglibatan roket terhadap pelancaran kapal angkasa, yang mana hanya sebahagian kecil daripada kapal angkasa tersebut yang akan mendarat di Bulan sebelum bertemu dengan modul asal dan krew akan pulang ke Bumi.

Pada awalnya, NASA membatalkan Misi LOR memandangkan ia terlalu berisiko dan beranggapan misi mengukur orbit Bumi lebih penting daripada Bulan. Namun, setelah berbincang dengan lebih mendalam, pegawai-pegawai NASA bersetuju untuk meneruskan LOR atas alasan  ia merupakan pendaratan Bulan yang paling mudah dan ini adalah peluang terbaik untuk mencapai rekod pendaratan di Bulan ketika itu. Akhirnya misi LOR telah dipilih untuk program Apollo pada 7 November 1962.

Saturn V telah membawa semua misi Apollo ke Bulan. Kesemua misi Saturn V telah dilancarkan daripada Kompleks Pelancaran 39 di John F. Kennedy Space Center di Florida. Selepas roket berlepas, kawalan penerbangan dipindahkan ke Misi Kawalan Johnson Space Center di Houston, Texas. Secara purata, roket ini hanya menggunakan masa selama 20 minit untuk berlepas. Walaupun Apollo 6 mengalami tiga kegagalan enjin dan satu daripada enjin Apollo 13 terpadam, komputer-komputer di atas kapal roket berjaya menyelamatkan keadaan dengan membakar enjin-enjin selebihnya dengan lebih lama supaya roket mampu mencapai orbit pendaratan. Tidak ada satu pun Saturn V yang dilancarkan mengalami kehilangan atau kemusnahan.

Dari aspek pelancaran, bahagian pertama memulakan pembakaran enjin selama 2 minit 41 saat. Pada peringkat ini, roket akan naik sejauh 42 batu altitude (68km) dengan kelajuan 6,164 batu sejam dan pembakaran sebanyak 4,700,000 paun bahan bakar sebelum bahagian pertama Saturn V (S-IC) terpisah. Sejurus roket dinaikkan, ia tidak boleh berpatah semula dengan selamat sekiranya berlaku kegagalan enjin. Para angkasawan mengatakan ini merupakan detik tercemas dalam menaiki Saturn V. Sekiranya roket gagal naik selepas dilepaskan, mereka mempunyai peluang yang sangat nipis untuk selamat memandangkan roket tersebut membawa jumlah bahan bakar yang sangat besar. Saturn V yang berisi penuh dengan bahan bakar akan membebaskan tenaga sebanyak 2 kilo tan TNT jika ia meletup sebelum berlepas sepenuhnya. S-IC yang terpisah kemudiannya akan jatuh ke dalam Lautan Atlantik sedalam 560km.


Pemisahan S-IC

Selepas perpisahan S-IC daripada Saturn V, bahagian kedua roket ini akan melakukan pembakaran selama 6 minit dan menganjakkan roket sejauh 109 batu dengan kelajuan 15,647 batu sejam. Kira-kira 38 saat selepas nyalaan di bahagian kedua, Saturn V akan bertukar daripada trajektori yang telah diprogramkan kepada iteratif Guidance Mode. Seperti sebelumnya, bahagian kedua (S-II) dipisahkan daripada Saturn V.

Pemisahan S-11

Dalam Misi Apollo 11, bahagian ketiga melakukan pembakaran selama 2.5 minit dengan ketinggian 1,640 batu dari paras permukaan Bulan dan pendaratan sejauh 118.8 batu selaju 17,432 batu sejam.

Siri Pelancaran Saturn V


Video Pelancaran Apollo-15


Rujukan:
http://en.wikipedia.org/wiki/Saturn_V

No comments:

Post a Comment