Misi
ROSAT (1990-1999)
Ditulis oleh : Kamarul Zaman Hashim
Röntgen
Satellite (ROSAT) merupakan sebuah balai cerap sinar-X yang dibangunkan melalui
program kerjasama di antara Jerman, Amerika Syarikat dan juga United Kingdom. Satelit ini dicadangkan
oleh Max-Planck-Institut für extraterrestrische Physik (MPE) dan telah dibina
serta beroperasi di Jerman. Ia mula dilancarkan pada 1 Jun 1990 oleh Amerika
Syarikat.
Misi pelancaran satelit ini berakhir setelah hampir 9 tahun pada 12
Februari 1999. ROSAT dikeluarkan daripada orbit pada 23 Oktober 2011. Misi ROSAT
terbahagi kepada dua fasa:
1) Setelah
2 bulan menjalani tempoh penentukuran pada orbit dan tempoh pengesahan,
‘all-sky-survey’ akan dilaksanakan selama 6 bulan menggunakan PSPC yang
berfokuskan pada XRT dan dua jalur XUV menggunakan WFC. Kaji selidik dijalankan
dalam mod imbasan.
2) Fasa kedua adalah merupakan pemerhatian yang teliti daripada sumber
astrofizik yang terpilih.
Dalam mod imbasan, ROSAT pada fasa pertama telah mengawasi
cakerawala secara sistematik merangkumi semua langit dalam masa setengah tahun untuk
mencari sumber sinar-X. Untuk melaksanakan kaji selidik pula, ROSAT akan
berputar mengelilingi orbit secara segerak , iaitu dengan satu revolusi per orbit
, sekitar vektor matahari
Bagi fasa kedua iaitu pemerhatian yang teliti berdasarkan sumber
sinar-X yang terpilih, objektif utamanya ialah untuk membuat pemerhatian secara
terperinci terhadap sinar-X yang mengambil masa dalam tempoh sehingga tiga jam.
Sumber rujukan:
- http://www.mpe.mpg.de/xray/wave/rosat/mission/rosat/mission.php
- http://science.nasa.gov/missions/rosat/
- http://heasarc.gsfc.nasa.gov/docs/rosat/rosgof.html
No comments:
Post a Comment