Friday 2 January 2015

Satelit Murah untuk Mengesan Radiasi Bumi (ERBS), Azizul Hakimi Bin Abdullah

Satelit Murah untuk Mengesan Radiasi Bumi (ERBS)

Tarikh dilancarkan : 05 Oktober  1984
Projek ini direka untuk menyiasat bagaimana tenaga dari Matahari diserap dan dipancarkan semula oleh Bumi. Jika proses ini dapat di kaji dan di fahami, proses ini dapat membantu sainstis untuk mendedahkan corak dalam cuaca Bumi. ERBS telah dilancarkan pada 5 Oktober, 1984 di “Challenger Space Shuttle” dan bersara pada 14 Oktober 2005 menjadikan ia salah satu misi angkasa yang paling lama pernah di jalankan.
Selain itu, data yang di bekalkan oleh pemerhatian ERBS juga telah digunakan untuk menentukan bagaimana aktiviti manusia seperti penggunaan klorofluorokarbon (CFC) dan pembakaran bahan api fosil menjejaskan keseimbangan radiasi Bumi. Data pada lapisan ozon yang disediakan oleh ERBS adalah penting dalam proses membuat keputusan oleh  masyarakat antarabangsa dalam Perjanjian Protokol Montreal, yang telah hampir menyebabkan penghapusan CFC di negara-negara perindustrian. Seterusnya, membuka mata masyarakat dengan membawa kepada pemahaman bahawa CFC mengurangkan kepekatan ozon atmosfera.

Selain daripada aktiviti penggunaan CFC, data satelit ini juga berupaya untuk menkaji kesan aktiviti manusia (seperti pembakaran bahan api fosil dan penggunaan CFC) dan kejadian semula jadi (seperti letusan gunung berapi) ke atas keseimbangan sinaran bumi.

No comments:

Post a Comment