Thursday 1 January 2015

MISI VIKING NASA

(Karya : Nurliana Mustapa)


Viking merupakan program penghantaran probe ke planet Marikh yang bertujuan untuk mengkaji keadaan planet tersebut. Probe tersebut mempunyai dua komponen utama iaitu pengorbit (orbiter) dan pendarat (lander). 


Tujuan kapal angkasa Viking     dihantar : 

Untuk mengambil imej beresolusi                          tinggi di permukaan Marikh
 Mencirikan struktur permukaan                            planet Marikh
 Mengenalpasti komposisi                                 atmosfera planet Marikh
 Mencari bukti kehidupan sebarang makluk di Marikh



                  Kronologi


  Pengorbit Viking 1


                Pelancaran     : 20 Ogos 1975
                Ketibaan         : 19 Jun 1976
                Berhenti         : 7 Ogos 1980
                Tempoh orbit : 4 tahun 49 hari

 Pengorbit Viking 2
                Pelancaran     : 9 September 1975
               Ketibaan         : 7 Ogos 1976
              Berhenti         : 25 Julai 1978
              Tempoh orbit : 1 tahun 353 hari


 Pendarat Viking 1
                Pendaratan           : 20 Julai 1976
               Data terakhir         : 11 November 1982
               Tempoh berfungsi : 6 tahun 114 hari
               Lokasi : western slope of Chryse Planitia (the Plains of Gold)

 Pendarat Viking 2
                Pendaratan            : 3 September 1976
               Data terakhir         : 11 April 1980
               Tempoh berfungsi : 3 tahun 221 hari
               Lokasi                    : Utopia Planitia



Berkenaan Kapal Angkasa :

Dua buah kapal angkasa yang serupa yang diberi nama Viking 1 dan Viking 2 dilancarkan ke Marikh dengan tujuan seperti di atas. Masing-masing mempunyai pengorbit dan pendarat. Kapal angkasa tersebut dilengkapi dengan instrument bagi mengkaji Marikh seperti yang dijangkakan. Antaranya ialah Instrument biologi, kromotograf gas, spektrometer jisim, spektrometer sinar-x  dan kamera bewarna stereo.

Kapal angkasa ini direka untuk berfungsi dengan generator radioisotop termaelektrik (radioisotope thermoelectric generator) iaitu alat yang menghasilkan tenaga elektrik dari tenaga haba yang terhasil akibat dari proses pereputan plutonium.

Misi Viking ini dirancang untuk berjalan selama 90 hari lepas pendaratan, dan kapal angkasa tersebut dicipta mengikut jangka masa hayatnya. Pengorbit Viking 1 berfungsi selama 4 tahun 49 hari manakala Pengorbit Viking 2 selama 2 tahun 353 hari. Pendarat Viking 1 berfungsi selama 6 tahun 114 hari manakala Pendarat Viking 2 berfungsi selama 3 tahun 221 hari. Tempoh hayat bagi kedua-dua pengorbit dan pendarat berfungsi jauh lebih panjang berbanding tempoh jangkaan.


Marikh

Marikh merupakan planet keempat dari matahari dan merupakan planet kedua terkecil selepas Mercury di dalam Sistem Solar. Mars terkenal dengan kedua-dua khazanahnya iaitu gunung tertinggi di dunia; Olympus Mons dan Vallens Marineris iaitu salah satu ngarai terbesar di dalam Sistem Solar.

Marikh boleh dilihat dengan mata kasar dan menjadi tumpuan di dalam bidang astronomi sejak zaman berzaman lagi. Sifat-sifat yang sama dengan sifat Bumi oleh Marikh telah menjadi kunci destinasi kajian angkasa manusia. 



Planetery satellite : 2
Tempoh Orbit       : 1 tahun 321 hari 17 jam
Diameter               : 6,792.4 km
Tempoh Putaran   : 1 hari 0 jam 39 minit
Suhu Siang            : 293 K
Suhu Malam          : 186 K
Graviti Permukaan : 0.38 g
Pesongan paksi    : 25.19 darjah
Jarak dari Bumi      : 1.83 AU
Jarak dari Matahari: 1.38 AU


                             

Penemuan          

Makhluk di Marikh

Pendarat yang berada di Marikh telah menjalankan beberapa eksperiment berkaitan biologi bagi mengenalpasti sebarang hidupan di permukaan Marikh. Hasil kajian menunjukkan bahawa tanah di planet tersebut mengalami aktiviti reaksi kimia yang menghalang sebarang kewujudan mikro-organisma di kawasan berhampiran pendarat itu berada. Para saintis membuat andaian bahawa planet marikh itu sendiri menghalang kehidupan tersebut kerana sinaran ultra-ungu yang tinggi dan mengakibatkan tahap kelembapaan tanah yang sangat rendah. Hidupan seperti mikro-organisma memerlukan oksigen bagi proses pembiakan namun, proses oksidasi (nyah oksigen) lebih mudah berlaku pada aras sinar ultra-ungu yang tinggi.


Imej – imej

  Imej planet Marikh yang diambil oleh        
                                Pengorbit Viking 1

  


Beberapa imej permukaan planet Marikh dari Pendarat Viking 1
  


  
Imej permukaan planet Marikh 
                                       yang diambil oleh Pendarat Viking 2



**Lebih lanjut lagi sila layari laman web : http://solarsystem.nasa.gov/missions/profile.cfm?Sort=Alpha&Letter=V&Alias=Viking%2001

No comments:

Post a Comment