Tuesday, 20 January 2015

MISI SUZAKU : PENCETUS HARAPAN DALAM MERUNGKAI PERSOALAN KONTRAVERSI ASTROFIZIK


Pengenalan


Suzaku, merupakan sebuah satelit X-Ray yg di bina di Institute of Space and Astronautical Science, (ISAS) di Japan Aerospace Exploration Agency, (JAXA) dengan kolaberasi bersama NASA. Suzaku atau dikenali sebagai Astro E2 diorbitkan pada 10 julai 2005 setelah kegagalan satelit Astro E ke ruang orbit pada Februari 2000. 

Astro-E2 dinamakan semula kepada Suzaku  selepas kejayaannya ke ruang angkasa. Nama Suzaku berasal daripada warna asasnya yang keemasan menyerupai mistik burung Vermillion daripada selatan tubuh berapi-api.


Keunikkan Suzaku


Suzaku memiliki keunikkan tersendiri kerana ia merupakan Satelit X-ray  pertama, beresolusi tinggi dan sangat sejuk yang pernah diorbitkan. Ia membawa instrumen-instrumen resolusi spektroskopik tinggi, dan  merangkumi julat tenaga yang sangat besar untuk mengesan isyarat X-ray lembut hingga gamma-ray (0.2 - 700keV).

antara instumennya;
  • 5 unit X-ray Telescope (XRT) 
  • 1 unit X-ray Spectrometer (XRS) 
  • 4 unit X-ray Imaging Spectrometer (XIS) 
  • 1 unit Hard X-ray Detector (HXD) 

Gambaran Suzaku dan kedudukan instrumen-instrumen X-ray di dalamnya.


Kunci Kepada Kontraversi Astrofizik


Misi Suzaku memberi harapan baru kepada para pengkaji ruang angkasa. Suzaku merupakan satelit yang dibina untuk melihat dan menyiasat kehebatan ruang angkasa dari sudut tenaga X-ray. Para ahli astronomi berharap Suzaku akan merungkai segala persoalan kontraversi yang telah lama wujud dan sering didebatkan tanpa jawapan yang jitu. Antaranya; Bila dan dimanakah elemen-elemen kimia wujud? Apakah yang berlaku sekiranya jisim terjatuh ke dalam Lohong Hitam? Bagaimanakah bentuk sebenar Lohong Hitam? dan pelbagai lagi.


Lohong Hitam merupakan raksasa di ruang galaksi yang misteri bergraviti sangat tinggi dan padat. Tiada jisim yang dapat terlepas daripada tarikan gravitinya bahkan cahaya sendiri terperangkap di dalamnya.

Spektroskopi beresolusi tinggi dan  julat tenaga yang sangat besar adalah faktor terpenting dalam menyiasat secara fizikalnya fenomena astronomikal bertenaga tinggi seperti lohong hitam dan supernovae. 


Ditulis oleh:
Muhammad Arif Hakim Bin Mustafa
A11SC0017

Rujukan:
http://en.wikipedia.org/wiki/Suzaku_%28satellite%29
http://en.wikipedia.org/wiki/Broad_iron_K_line
http://www.nasa.gov/mission_pages/astro-e2/main/