Tuesday 30 December 2014

MISI KAPAL ANGKASA GALILEO

MISI KAPAL ANGKASA GALILEO

Azimah Binti Abu Hanifah Nok Man

 " All truths are easy to understand once they are discovered;  the point is to discover them."
Galileo Galilei  (1564-1642)

Bermula dengan penemuan Galileo terhadap satelit Musytari (Jupiter) pada 1601, telah membangkitkan keinginan mereka (ahli-ahli astronomi) untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang planet Musytari. Oleh kerana yang demikian, kapal angkasa telah dicipta untuk mengkaji dengan lebih terperinci tentang planet Musytari dan bulan-bulannya (misi utama).


Kapal angkasa ini telah dinamakan dengan nama ahli astronomi terdahulu, Galileo Galilei, dan dikenali sebagai kapal angkasa Galileo. Kapal angkasa ini merupakan kapal angkasa yang tidak dipandu oleh manusia seperti mana kapal-kapal angkasa yang lain. Contohnya, space shuttle.

Struktur kapal angkasa Galileo

Galileo mengelilingi Musytari

Pada Oktober 18, 1989, kapal angkasa Galileo telah dilancarkan dengan dibawa oleh kapal angkasa ulang-alik Atlantis (Space shuttle Atlantis) pada misi STS-34. Pada mulanya Galileo sepatutnya dibawa oleh kapal angkasa ulang-alik Atlantis (Space shuttle Atlantis) menuju terus ke Musytari dengan bantuan Centeur-G, Liquid hydrogen-fueled booster stage. Walau bagaimanapun, penggunaan Centeur-G pada kapal angkasa ulang-alik (Space shuttle) telah dihalang oleh NASA sebagai langkah keselamatan disebabkan oleh kemalangan yang menimpa kapal angkasa ulang-alik, Space Shuttle Challenger disaster. Hal yang demikian telah memaksa Galileo dilancarkan menggunakan lower-powered Inertial Upper Stage solid-fuel booster. Jadi, perjalanan Galileo ke Musytari adalah dengan bantuan graviti Zuhrah-Bumi-Bumi (Venus-Earth-Earth Gravity Assist (VEEGA) ).

Pelancaran misi Galileo

Galileo terbang melintasi planet Zuhrah pada 10 Februari 1990 dan bumi sebanyak dua kali, 8 Disember 1990 dan 8 Disember 1992. Galileo telah melintasi asteroid (Gaspra) pada 29 Oktober 1991 setelah penerbangan pertamanya melintasi bumi. Kemudian, setelah penerbangan kedua melintasi bumi, Galileo telah menemui Dactyl yang mengelilingi asteroid (Ida) pada 28 Ogos 1993.

Dacty(titk kecil pada gambar) mengelilingi astroid (Ida)

Pada 1994, Galileo dengan jayanya telah melihat perlanggaran antara komet Shoemaker-Levy 9 dengan Musytari, dan merupakan kapal angkasa pertama melihat impak terhadap planet hasil daripada perlanggaran tersebut.

Perlanggaran antara komet dan Musytari

Akhirnya, pada 7 Disember 1995, Galileo tiba di Musytari setelah ia melepaskan kuarnya (probe) pada 15 Julai 1995. Galileo merupakan satelit buatan manusia pertama yang mengelilingi Musytari.



Sepanjang Galileo mengelilingi Musytari, pelbagai penemuan telah dijumpai. Antaranya;
1.   Penemuan ribut petir (thunderstorm) Musytari yang 1,000 kali lebih kuat berbanding dengan ribut petir di bumi (cuba bayangkan...).

Ribut petir seperti kepulan air pada titik merah

2.  Pada 1996, penemuan yang berkemungkinan laut pada sub-permukaan Europa, bulan Musytari. Manakala, permukaannya adalah seperti retakan pada permukaan ais.


Permukaan Europa dari jarak dekat (kiri) dan jauh (kanan)


3.      Galileo menemui kilat pada permukaan atmosfera Musytari.

Kilat Musytari

4. Near-Infrared Mapping Spectrometer (NIMS) yang dipasang pada Galileo menemui kepulan-kepulan ammonia tulen (fresh ammonia clouds) pada Musytari.

Kepulan awan Musytari pelbagai peringkat

5.   Pada 1997, Galileo terbang melintasi IO dan mendapati bahawa IO mempunyai gunung berapi yang sangat panas dan aktif dalam sistem solar dan suhu kepanasannya adalah lebih panas daripada gunung berapi di bumi.

Kepulan asap daripada gunung berapi pada IO

6.      Penemuan laut pada sub-permukaan Callisto. Laut ini mempunyai kedudukan yang cukup dalam dan ianya tidak mempengaruhi kawah di permukaan Callisto, bulan Musytari

Callisto dan permukaannya dari jarak dekat

7.      Galileo mendapati Ganymede mempunyai medan magnetnya sendiri. Geseran daripada pasang surut di bahagian dalam menjadikan Ganymede sebagai bulan terbesar dalam sistem solar.

Ganymede dan permukaannya

Rumusan;

Bulan-bulan Musytari yang berjaya diambil Galileo

Setelah 14 tahun berada di angkasa, keadaan Galileo semakin teruk di mana kameranya tidak dapat berfungsi dan dicemari oleh bakteria selain hampir kehabisan bahan bakar. Jadi, Galileo telah dipaksa untuk merempuh Musytari pada kelajuan 173,736 km/j untuk menamatkan riwayatnya.


sumber:
http://en.wikipedia.org/wiki/Galileo_(spacecraft)
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=probe
http://en.wikipedia.org/wiki/Space_Shuttle_Challenger_disaster
http://solarsystem.nasa.gov/galileo/

Monday 29 December 2014

PROJEK PERINTIS ZUHRAH (PIONEER VENUS PROJECT)

Ditulis oleh: Nasuha binti Salehhon (4SSCZ, Fakulti Sains, UTM. 2014) ^_^


PENGENALAN


Projek Perintis Zuhrah merupakan sebahagian daripada “Program Perintis”, terdiri daripada dua kapal angkasa yang dilancarkan ke Zuhrah pada tahun 1978. Program ini telah dikendalikan oleh Pusat Penyelidikan Ames NASA (National Aeronautics and Space Administration). Kedua-dua kapal angkasa tersebut dinamakan sebagai Pengorbit Perintis Zuhrah dan Prob Pelbagai Perintis Zuhrah yang merupakan kapal angkasa pertama Amerika Syarikat bagi tujuan mengkaji planet Zuhrah dengan lebih terperinci. Kedua-duanya merupakan kapal angkasa tanpa manusia dan telah berjaya memberikan maklumat kepada para saintis tentang keadaan Zuhrah yang ekstrim.

PENGORBIT PERINTIS ZUHRAH (PERINTIS ZUHRAH 1/PERINTIS 12)


Pelancaran dan Ciri-ciri

Pengorbit Perintis Zuhrah atau turut dikenali sebagai Perintis Zuhrah 1 atau Perintis 12 ialah sebuah misi ke Zuhrah di bawah Program Perintis. Pengorbit ini telah dilancarkan tepat jam 1.13 petang pada 20 Mei 1978 oleh roket Atlas SLV-3D Centaur-D1AR, yang terbang dari Kompleks Pelancaran 36A di Stesen Tentera Udara Cape Canaveral dan dimasukkan ke dalam orbit elips sekitar Zuhrah pada 4 Disember 1978.

Kapal angkasa pengorbit ini telah dihasilkan oleh Hughes Aircraft Company dan penghasilannya adalah berdasarkan kepada model bas HS-507, iaitu sebuah bas satelit atau bas angkasa lepas. Perintis Zuhrah 1 seberat 517 kg mempunyai struktur silinder yang rata, berukuran diameter 2.5 meter dan panjang 1.2 meter. Kesemua peralatan dan subsistem kapal angkasa dipasang di bahagian hadapan hujung silinder, kecuali magnetometer yang dipasang di bahagian ledakan.

Pada tahun 1992, ‘Radar Mapper’ telah diaktifkan semula untuk mengkaji bahagian selatan planet Zuhrah yang sebelum ini gagal diakses di Bumi, bersama-sama dengan kapal angkasa Magellan yang baru tiba. Pada bulan Mei 1992, Perintis 12 memulakan fasa terakhir bagi misinya sehingga dorong kapal angkasa menjadi lemah dan orbit mereput secara semulajadi. Kapal angkasa ini berjaya menghantar data dari Zuhrah sehingga 8 Oktober 1992 dan data terakhir yang diterima daripadanya adalah pada pukul 7.22 malam. Pengorbit ini terbakar dan berkecai apabila memasuki atmosfera planet Zuhrah pada tarikh 22 Oktober 1992.

Pengorbit Perintis Zuhrah

Ekperimen dan Kejayaan

Pengorbit Perintis Zuhrah telah membawa sejumlah 17 eksperimen dengan berat sebanyak 45 kg. Antara eksperimen yang telah dibawa bersama-sama pengorbit ini ke planet Zuhrah adalah bertujuan untuk mengukur taburan menegak awan, pelepasan ‘infrared (IR)’ dari atmosfera Zuhrah, taburan dan pancaran cahaya ‘ultraviolet (UV)’ dan sifat angin solar, serta mengenal pasti komposisi atmosfera atas dan graviti planet Zuhrah.

Imej planet Zuhrah dalam cahaya ultraviolet (UV) yang berjaya dirakam oleh Pengorbit Perintis Zuhrah

Antara kejayaan yang berjaya dicapai oleh Perintis 12 ialah kapal angkasa ini berjaya menjalankan pemerhatian radar altimetri yang membolehkan peta topografik global permukaan planet Zuhrah yang pertama dibentuk. Selain itu, kapal angkasa ini juga telah berjaya mengesan komet Halley dari orbit Zuhrah, di mana komet ini tidak dapat dikesan dari Bumi berikutan jarak Bumi dan Matahari yang begitu dekat pada bulan Februari 1986.

Peta planet Zuhrah yang berjaya dihasilkan daripada data terkumpul Pengorbit Perintis Zuhrah


PROB PELBAGAI PERINTIS ZUHRAH 

(PERINTIS ZUHRAH 2/PERINTIS 13)


Pelancaran dan Ciri-ciri

Prob Pelbagai Perintis Zuhrah atau juga dikenali sebagai Perintis Zuhrah 2 atau Perintis 13 merupakan kapal angkasa kedua di bawah Projek Perintis Zuhrah yang dilancarkan pada tahun 1978. Prob ini terdiri daripada sebuah prob besar dan tiga prob kecil. Prob ini telah dilancarkan tepat jam 7.33 pagi pada 8 Ogos 1978 oleh roket Atlas SLV-3D Centaur-D1AR, yang terbang dari Kompleks Pelancaran 36A di Stesen Tentera Udara Cape Canaveral dan dimasukkan ke dalam orbit intoheliosentrik Zuhrah.

Seperti Pengorbit Perintis Zuhrah, prob ini turut dihasilkan oleh syarikat yang sama iaitu Hughes Aircraft Company dan penghasilannya adalah berdasarkan kepada model bas satelit yang sama, HS-507. Bas Perintis Zuhrah 2 mempunyai bentuk silinder berdiameter 2.5 meter dan berat 290 kg. Prob besar adalah seberat 315 kg manakala tiga prob kecil mempunyai berat 90 kg setiap satu.


Prob Pelbagai Perintis Zuhrah di angkasa

Prob besar telah dilepaskan dari bas satelit pada 16 November 1978 manakala prob kecil pula pada 20 November 1978. Kesemua prob tiba di planet Zuhrah pada 9 Disember 1978. Prob besar ialah prob pertama yang memasuki ruang atmosfera Zuhrah pada pukul 6.45 petang diikuti oleh tiga prob kecil 11 minit kemudian. Daya kemasukan ke atas prob adalah melebihi 300g, namun prob berjaya melaksanakan misi dengan baik, menghantar maklumat ke Bumi sehingga berlaku hentaman di permukaan planet Zuhrah kurang daripada sejam setelah prob memasuki ruang atmosfera planet.

Eksperimen

Perintis Zuhrah 2 disasarkan untuk memasuki atmosfera Zuhrah pada sudut kemasukan cetek dan menghantar data sehingga dimusnahkan oleh haba hasil geseran atmosfera. Objektif kapal angkasa ini dilancarkan adalah untuk mengkaji struktur dan komposisi atmosfera sehingga ke permukaan, sifat dan komposisi awan, medan radiasi dan pertukaran tenaga di atmosfera yang lebih rendah dan mengkaji maklumat pada corak peredaran atmosfera. Tanpa perisai haba atau payung terjun, prob ini membuat pengukuran atmosfera atas dengan menggunakan dua peralatan iaitu Spektrometer Jisim Ion (BIMS) dan Spektrometer Jisim Neutral (BNMS) dan kemudiannya turun ke ketinggian kira-kira 110 km sebelum berkecai pada tarikh 9 Disember 1978.
  
Prob Pelbagai Perintis Zuhrah

Kapal angkasa Perintis 13 membawa sebuah prob atmosfera besar dan tiga buah yang lain bersaiz kecil. Prob-prob tersebut telah direka bagi mengumpulkan data sebaik sahaja tiba di atmosfera planet Zuhrah. Kapal angkasa ini tidak membawa sebarang peralatan fotografi bersama-sama dan rekaannya tidak dibentuk untuk bertahan apabila mendarat. Prob-prob kecil tidak dilengkapi dengan payung terjun, manakala payung terjun bagi prob besar dijangkakan akan tanggal apabila menghampiri daratan. Keempat-empat prob terus menghantar data sehingga berlakunya hentaman, namun terdapat sebuah prob yang terselamat iaitu Prob Siang dan terus menghantar data dari permukaan selama lebih satu jam.

Prob Besar dan Prob Kecil

Prob Kecil


Prob besar mempunyai diameter kira-kira 150 cm dan vesel tekanan pula berdiameter 73.2 cm. Prob ini membawa sejumlah tujuh eksperimen untuk dikaji meliputi kajian tentang komposisi atmosfera, saiz dan bentuk zarah, zarah awan dan penembusan fluks solar. Prob kecil pula mempunyai diameter sebesar 80 cm. Setiap satu prob kecil membawa bersama-sama nephelometer dan sensor suhu, tekanan dan pecutan, serta eksperimen radiometer fluks untuk memetakan taburan sumber dan sinki bagi tenaga sinaran di atmosfera. Isyarat radio dari keempat-empat prob turut digunakan untuk mencirikan angin, pergolakan dan pembiakan di atmosfera. Prob-prob kecil masing-masing disasarkan ke bahagian Zuhrah yang berbeza dan setiap prob diberikan nama mengikut bahagian sasaran tersebut iaitu Prob Utara, Prob Malam dan Prob Siang. 

SUMBER:
  • http://www.nasa.gov/mission_pages/pioneer-venus/
  • https://www.princeton.edu/~achaney/tmve/wiki100k/docs/Pioneer_Venus_project.html
  • http://californiasciencecenter.org/exhibits/air-space/mission-to-the-planets/pioneer-venus
  • http://www.bbc.co.uk/science/space/solarsystem/space_missions/pioneer_venus_project
  • http://en.wikipedia.org/wiki/Pioneer_Venus_Orbiter
  • http://en.wikipedia.org/wiki/Pioneer_Venus_Multiprobe

















Mars To Stay

Penempatan di Marikh (Mars To Stay)



Sumber : https://www.indiegogo.com/projects/mars-one-first-private-mars-mission-in-2018

  Penempatan di Marikh merupakan misi yang dikemukakan  untuk menghantar angkasawan yang akan bermaustautin di Marikh. Ini merupakan perjuangan manusia untuk menguasai planet selain bumi. Kenderaan kecemasan untuk pulang ke bumi akan dikitar semula menjadi tempat penenempatan angkasawan di planet Marikh. Misi ini dibincangkan secara rasmi dalam “Case for Mars Workshop “ pada 1990 oleh George Herbert dengan tajuknya “One Way to Mars ”.
      Selain itu,Misi ini dilaksanakan untuk mengurangan kos mengaji planet Marikh dan juga memastikan penempatan kekal di Marikh. Misi ini mendapat sambutan meriah daripada orangterkenal di astronomi dan juga persatuan NGO. Sebagai contoh , Buzz Aldrin bekas angkasawan dalam misi Apollo telah memberi pandangannya di forum “Forget the Moon , Let’s head to Mars” dan “The Call of Mars”. Beliau menyokong ideal menjadi spesies dua planet dengan tinggal di Marikh .Mars Underground, Mars Home- stead Foundation dan Mars Artists Community merupakan persatuan NGO yang mewarisan polisi dan ideal Penempatan di Marikh.

Cadangan

1.Hujah kepada penempatan

       Pemulangan angkasawan dari permukaan Marikh merupakan penghalang yang terbesar dalam Misi Marikh. Untuk menyelesai masalah ini , ideal satu hala perjalanan telah dikemukakan kerap kali. Hujah ini dibincangkan oleh Paul Davais dalam New York Times 2004 dan Davais telah merekakan pelan satu hala perjalannya.

2.Pelan Aldrin Asal

Kumpulan pertama yang mengandungi enam angkasawan akan mencapai permukaan Marikh pertama kali dan diikuti oleh kumpulan lain sehingga tiga puluh angkasawan telah menetap di Marikh. Ini merupakan permulaan manusia bermaustautin di Marikh . Oleh sebab permukaan Marikh menpunyai sumber-sumber asli yang serupa di bumi , revolusi manusia di Marikh muda dicapai berbandingkan dengan bulan.
Angkasawan yang akan dipilih adalah orang yang berilmu dalam beberapa  bidang dan dalam usia tiga puluh tahun. Lima tahun yang pertama angkasawang yang dipilih akan dilatih . Pada umur tiga puluh lima , tiga pasangan angkasawan akan dihantar ke Marikh dan diikuti oleh beberapa pasangan lagi. Dalam usia 35 hingga 65 ,  angkasawan bermisi unutk membina penempatan dan infrakstruktur yang akan mengawal  gene manusia supaya tidak pupus. Apabila angkasawan yang dihantar mencapai usia 65 , mereka akan diberi pemilihan bersara di Marikh atau bumi.

3.Mars One


sumber: http://www.mars-one.com

            Pada 2012 , satu cadangan yang baru telah dikemukakan oleh Mars One . Mars One merupakan projek penerbangan angkasa swasta yang dipimpin oleh usahawan Bas Lansdorp dari Dutch. Pelan Mars One bercadang untuk menghantar satellite perhubungan dan juga lander pencari jalan sebelum 2016 ke Marikh. Selain itu , empat manusia yang dipiluh  akan menetap di Marikh pada 2023 dan diikuti oleh empat angkasawan setiap dua tahun.
           Kehidupan angkasawan dan aktiviti harian di Marikh akan serupa kehidupan di dunia. Angkasawan akan terlibat dalam pelbagai kajian sendiri di Marikh. Apabila kematian yang tidak dapat dielakkan berlaku , upacara  sama dengan Bumi akan dilakukan. Kehidupan angkasawan lain dan misi ini akan diteruskan walaupun kematian berlaku.
           Radiasi semasa perjalanan ke Marikh dijangka adalah 386+/- 63mSv. Jangkaan radiasi ini tidak melebihi tahap maximun radiasi dalam kerjayaan angkasawan. 
            Dalam melancarkan projek ini , Mars One telah membuka permohonan kepada manusia sedunia. Projek ini mendapat 200,000 permohonan dan 1058 anatara mereka telah dipilih dalam kelayakan pertama. Perlantikan ini  dijalankan dengan sponsor dari rancangan realiti televisyen.

4.Permulangan Kecemasan

            Eric Machmer telah mengemukakan cadangan misi penempatan di Marikh. Selepas 550 hari di Marikh , satu pemeriksaan kepada kesihatan angkasawan akan dijalankan untuk menentukan adakah Marikh boleh ditinggal oleh manusia. Pemerikasaan akan dijalankan setiap 550 hari sehingga kebetulan manusia dapat hidup dalam suasana Marikh dibuktikan. Selepas itu , kenderaan unutk permulangan kecemasan akan dijadikan tapak penyelidikan.

Rujukan


1.Mars to Stay. (2014, December 15). In Wikipedia, The Free Encyclopedia. Retrieved 04:53, December 30, 2014, from http://en.wikipedia.org/w/index.phptitle=Mars_to_Stay&oldid=638224387
2. Mars One .(2014, December 15). from http://www.mars-one.com



YEW WAN HUI A11SC0074

MAVEN



MISI MARS ATMOSPHERE AND VOLATILE EVOLUTION (MAVEN)
HEW SHEE CHIN-SELASA 30/DISEMBER/2014
PENGENALAN
MAVEN ialah satu kapal angkasa tanpa pemandu yang direka bentuk untuk mengkaji suasana planet ke-4 dari matahari dalam system solar, iaitu Marikh (Gambar 1). Misi ini adalah  dijalankan oleh ibu pejabat NASA, agensi pemerintah Amerika Syarikat yang bertanggungjawab atas program luar angkasa dan penelitian umum luar angkasa jangka panjang. MAVEN telah berjaya dilancarkan dari bumi pada 18 November 2013. Pada 22 September 2014, MAVEN telah mencapai Marikh dan bermula pernerokaannya atas planet merah ini. Maklumat yang didapati adalah  penting bagi ahli-ahli sains untuk mengetahui atmosfera, iklim, cecair dan kesesuaian mengekalkan kehidupan dalam Marikh.
Gambar 1: Planet Marikh.
Sumber: http://www.npr.org/blogs/thetwo-way/2013/04/22/178450367/this-one-way-trip-to-mars-is-brought-to-you-by




SEJARAH PENEROKAAN MARIKH
            Dalam banyak aspek, Marikh ialah planet yang hampir sama dengan bumi dalm sistem solar. Marikh juga dipercayai mempunyai persekitaran yang lebih sama dengan bumi pada permulaannya seperti mempunyai atmosfera yang lebih tepal dan sumber air yang banyak. Tetapi, semua ini telah hilang setelah mengalami beratus-ratus juta tahun. Memandangkan ciri-ciri persamaan dan jarak yang dekat dengan bumi, Marikh telah dijadikan sasaran pengkajian ahli-ahli saintis.
            Penerokaan Marikh telah berlaku sejakan beratus tahun. Hal ini bermula dengan ciptaan dan pembangunan teleskop semasa tahun 1600-an. Dengan mempunyai pandangan planet ini yang terperinci melalui teleskop, hipotesis mengenai kemungkinan menemui kehidupan di sana telah dilahirkan. Pada abad ke-20, kapal angkasa mula dihantar ke Marikh untuk meningkatkan pengetahuan tentang planet tersebut.
            Berikut adalah misi-misi lain ke Mars yang telah dijalankan oleh NASA.
NAMA
TARIKH PELANCARAN
PENERANGAN
Mariner 3
5 Nov 1964
·         Kedua-dua adalah kapal angkasa yang sama menjalankan penerbangan dekat Marikh.
·         Mariner 3 gagal mencapai ke Marikh.
·         Mariner 4 dilancarkan kemudian dan berjaya ke Marikh.
·         Mariner 4 telah dapat mengambil gamber dekat Marikh.
Mariner 4
28 Nov 1964
Mariner 6
24 Feb 1969
·         Pasangan kapal angkasa kedua ke Marikh.
·         Kedua-dua telah berjaya menganalisasi atmosfera Marikh dan mengumpul sebanyak beberapa ratus gambar.
Mariner 7
27 Feb 1969
Mariner 8
8 Mei 1971
·         Pasangan kapal angkasa yang terakhir dalam misi ke Marikh NASA.
·         Kedua-dua direka untuk menjadi pengeliling Marikh pertama.
·         Mariner 8 gagal dilancarkan tetapi Mariner 9 telah berjaya dilancarkan dan dapat mengambil gambar-gambar seperti permukaan planet dan dua bulan Marikh( Phobos & Deimos). 
Mariner 9
30 Mei 1971
Viking
20 Ogos 1976
·         Misi ini menggunakan pasangan “orbiter-lander”. Orbiter memasuki orbit Marikh dan lander menurun ke permukaan Marikh untuk mengumpul maklumat.
Mars Observer
25 Sept 1992
·         Misi ini menggunakan kapal angkasa yang diubahsuai daripada satelit Bumi untuk mengkaji geologi, geofizik dan iklim Marikh.
·         Tetapi kapal angkasa tersebut telah gagal dihubungi sebelum memasuki orbit Marikh.
Mars Pathfinder
4 Dec 1996
·         Pathfinder direka untuk menghantar alat-alat seperti “lander” dan “free-ranging robotic rever” ke permukaan Marikh bagi mengumpul matlumat.
·         Matlumat yang didapati mencadangkan bahawa suasana Marikh adalah panas, lembap dan mempunyai atmosfera tebal pada suatu ketika.
Mars Climate Orbiter
11 Dec 1998
·         Marikh Cliamte Orbiter direka satelite metafsir cuaca Marikh.
Mars Polar Lander & Deep Space 2
3 Jan 1999
·         Mars Polar Lander digunakan untuk mengkaji tanah dan iklim di satu kawasan kutub selatan Marikh yang dinamakan” Planum Australe”. Telah gagal dihubungi pada 3 Dec 1999.
·         Deep Space 2 bertujuan untuk menembusi di bawah permukaan Marikh tetapi telah tidak dapat dihubungi selepas sampai planet tersebut.

Mars Global Surveyor
7 Nov 1996
·         Dijadiakn pemantau bagi mengenal pasti tapak pendaratan potensi untuk misi lain.
·         Misi ini berakhir pada Jan 2007.
Pheonix
4 Ogos 2008
·         Pheonix berjaya mendarat di kutub utara Marikh.
·         Misinya adalah menggali dan menganalisi tanah berais.
·         Tidak dapat dihubungi pada Nov 2008.
Mars Reconnaissance Orbiter
12 Ogos 2005
·         Ia dapat menangkap gambar yang unik Marikh melalui kamera telescope yang canggih.
·         Terdapat juga 5 instrumen lain yang mengumpul data.
·         Misi masih dijalankan.
Mars Exploration Rover
10 Jun 2003
·         Terdapat 2 Rover yang berkerja meneroka kawasan-kawasan berlainan di Marikh.
·         Pergerakannya jauh lebih besar daripade 1997 Mars Pathfinder.
·         Misi masih dijalankan.
Mars Express
2 jun 2003
·         Bertujuan meneroka atmosfera dan permukaan Marikh dari orbit kutub.
·         Misi masih dijalankan.
Mars Odyssey
7 Apr 2001
·         Bertujuan menentukan komposisi permukaan planet, mengesan air dan ais seta mengkaji persekitaran radiasi Marikh.
·         Misi masih dijalankan.
Mars Science Laboratory
26 Nov 2011
·         Menentukan kesesuaian kehidupan di Marikh.
·         Misi masih dijalankan.
  
OBJEKTIF
Daripada misi-misi ke Marikh yang sebelum ini, kita menemui dasar sungai kering dan mineral yang terbentuk semasa kewujudan air. Hal ini membuktikan bahawa planet ini pernah mempunyai atmosfera yang cukup padat dan suasana panas yang membenarkan air mengalir di permukaannya. Walau bagaimanapun, atmosfera tersebut telah hilang mengakibatkan Marikh menjadi planet yang sejuk beku dan perwapan air di permukaannya sehingga kering. Oleh itu, MAVEN adalah direka untuk mencari faktor-faktor yang menyebabkan kejadian tersebut. Terdapat empat objektif saintifik bagi misi MAVEN, iaitu:
1.      Menetukan peranan kehilangan gas ke angkasa dari atmosfera Marikh.
2.      Menentukan keadaan atmosfera, ionosfera Marikh dan interaksinya dengan angin solar.
3.      Menetukan kadar gas neutral dan ion melarikan diri dan cara mengawal mereka.
4.      Menetukan nisbah isotop dalam atmosfera Marikh.


 KAPAL ANGKASA MAVEN
Berikut ialah reka bentuk kapal angkasa MAVEN. Lockheed Martin (LM) ialah syarikat Amerika yang  telah membekalkan MAVEN serta menjalankan kerja-kerja pemasangan, ujian, perlancaran dan pengurusan operasi kapal tersebut. Kemudian, Makmal Jet Propulsion Nasa bertangungjawab mengemudi kapal itu manakala Makmal Atmosfera dan Angkasa Fizik (LASP) Universiti Colorado pula menjalankan operasi sains dan pengumpulan data.
Gambar 2: Kapal angkasa MAVEN.
Sumber: http://lasp.colorado.edu/home/maven/about/spacecraft/
Kapal angkasa MAVEN mempunyai ciri-ciri berikut:
·         Panjang: 37.5 kaki (11.34 meter)
·         Lebar: 90 inci (2.29 meter)
·         Tinggi: 11.4 kaki (3.47 meter)
·         Sumber kuasa: Lebih 2000 sel solar yang merangkumi 129 kaki persegi (12 meter persegi) yang menjana kuasa antara 1150-1700 watt.
·         Alat komunikasi: 14 paun (6.5kg) Pakej komunikasi Electra UHF yang akan memberikan isyarat dari Marikh ke Bumi.
·         Membawa jumlah 8 instrumen: STATIC,SEP, SWEA, SWIA, LPW, MAG,NGIMS and IUVS)
Fungsi 8 instrumen MAVEN:
1.      Supra Thermal And Thermal Ion Composition – STATIC
Instrumen ini mengkaji tentang ion thermal dan superthermal yang melarikan diri dari atmosfera Marikh. Ion thermal dan superthermal ialah yang dilepasakan dari permukaan yang panas.
2.      Solar Energetic Particle – SEP
Instrumen ini mengukur tenaga zarah yang akan mempengaruhi atmosfera Marikh dan mengkaji interaksi antara ionosfera dengan masa.
3.      Solar Wind Energy Analyser – SWEA
Instrumen ini mengkaji kadar pengionan elektron, medan magnet, tenega spektrum fotoelektron dan interaksi angin solar dengan atmosfera Marikh.
4.      Solar Wind Ion Analyzer – SWIA
Instrumen ini mengukur ketumpatan dan halaju angin solar dan ion magnetohealth (suatu ruang atmosfera Marikh yang akan melemahkan medan magnet) .
5.      Langmuir Probe and Waves – LPW
Instrumen yang mengkaji ciri-ciri ionosfera( salah satu lapisan atmosfera), gelombang dan radiasi ultra ungu matahari ke atmosfera Marikh.
6.      Magnetometer – MAG
Instrumen ini mengukur medan magnet Marikh dan mengkaji interaksi angin solar dengan Marikh.
7.      Neutral Gas and Ion Mass Spectrometer – NGIMS
Instrumen yang mengkaji struktur dan komposisi atmosfera Marikh, ukuran nisbah isotop and ukuran ion thermal dan suprathermal.
8.      Imaging Ultraviolet Spectrograh
Instrumen ini menyediakan model tiga dimensi atmosfera untuk mengkaji kehilangan atmosfera Marikh.



STATUS MAVEN
            Pada 22 September 2014, kapal angkasa MAVEN telah mendarat Marikh dengan selamat dan bermula menguji instrumen yang dibawa.
            Pada 14 October 2014,  kapal angkasa ini telah membenarkan ahli-ahli sains kali pertama melihat ribut solar zarah di Marikh dengan menghasilkan imej oksigen, hidrogen, dan  karbon yang tidak pernah ditangkap sebelumnya di sekitar planet Marikh. Berikut adalah gambar-gambar daripada MAVEN.
Gambar 3: Tiga gambar dari MAVEN.
Sumber:http://mars.nasa.gov/news/whatsnew/index.cfm?FuseAction=ShowNews&NewsID=1732
            Pada 19 October 2014, MAVEN telah mengambil langkah-langkah keselamatan untuk mengelakan kerosakan daripada komet habuk yang terbang berhampiran Marikh. Pada masa yang sama, MAVEN sedang mengkaji kesan kejadian tersebut pada atmosfera planet ini. Walau bagaimanapun, MAVEN melaporkan dalam keadaan sihat selepas kira-kira 3 jam daripada kejadian itu.
            Maven pergi ke mod safehold pada 19 November 2014. Kapal angkasa ini masuk keadaan autonomi, apabila mengesan masalah dalam operasinya, bagi memastikan  ia kekal selamat dan  berhubung dengan Bumi. Hal ini mungkin disebabkan masalah biasa diri  mengendalikan kapal angkasa dalam persekitaran yang baru, kerana ini adalah kali pertama kapal angkasa telah dalam operasi sepenuhnya.  Walau bagaimanapun, instrumen  telah semua dimatikan dan  berada dalam keadaan selamat, kapal angkasa pula sihat dan berhubung dengan Bumi.
 Selepas ujian tanah dan kajian teliti dua hari lepas, MAVEN telah berjaya dibawa keluar dari Mod Safehold petang Jumaat November 21. Kapal angkasa akan dipantau untuk memastikan keadaan selamat sebelum instrumen dihidupkan kembali.

            KESIMPULAN
Status MAVEN pada masa akan datang akan diumumkan pada masa ke semasa. Amat diharapkan MAVEN dapat menyelesai misi yang ditetapkan bagi kita lebih mengetahui maklumat mengenai Marikh.
RUJUKAN
·         http://en.wikipedia.org/wiki/MAVEN
·         http://en.wikipedia.org/wiki/Terraforming
·         http://lasp.colorado.edu/home/maven/
·         http://mars.nasa.gov/maven/